• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelarasan Gaji Penjawat Awam, LHDN Jangka Pembayar Cukai Bertambah

oleh Mohd Arshad
19/08/2024
dalam LHDN, Terkini
0
Pelarasan Gaji Penjawat Awam, LHDN Jangka Pembayar Cukai Bertambah
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangkakan pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Abu Tariq Jamaluddin berkata potongan cukai itu tertakluk kepada pendapatan yang boleh dicukai.

“Jika gaji yang diterima melebihi nilai ambang yang ditetapkan, sudah tentu ada kesan cukai daripada pendapatan atau kenaikan yang diterima.

“Tentunya ia juga bergantung kepada pelepasan yang dituntut dan sebagainya,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Ops Metro 2024 di sini hari ini.

Jumaat lepas, Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi di bawah Sistem Saraan Penjawat Awam.

Pelarasan itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu yang pertama bermula 1 Dis ini manakala fasa kedua bermula 1 Jan 2026.

Sementara itu, mengenai Ops Metro, Abu Tariq berkata ia merupakan kerjasama antara LHDN dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertujuan untuk meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pembayar cukai secara menyeluruh dari segi pendaftaran fail cukai pendapatan, penghantaran borang, pelaporan dan bayaran.

Beliau berkata ia juga merupakan strategi jangka pendek dalam memperluaskan asas hasil cukai, mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan pengurusan yang akan menyumbang kepada kelestarian kutipan hasil negara.

“Saya dimaklumkan bahawa dalam operasi kali ini, JKDM akan memberi tumpuan kepada aktiviti lawatan banci bisnes yang menyasarkan pembesaran asas percukaian, termasuk mengenal pasti penyedia perkhidmatan yang berpotensi untuk didaftarkan.

“Bagi pihak LHDN, tumpuan adalah mengenal pasti pembayar cukai yang menjalankan ekonomi tunai dan warga asing yang menjalankan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata Ops Metro melibatkan lima aktiviti operasi percukaian utama iaitu audit, siasatan, pungutan, lawatan banci bisnes dan guaman yang akan dijalankan secara serentak di sekitar Lembah Klang.

Kira-kira 1,000 anggota daripada LHDN dan JKDM terlibat dalam Ops Metro yang diadakan empat hari bermula hari ini.

-Bernama

Tags: LHDNpembayar cukaiPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

Kerajaan Kaji Penjawat Awam Kerja Dari Rumah, Sektor Swasta Digesa Ikut Jejak – PM Anwar

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini sedang meneliti langkah tambahan termasuk memperkenalkan peraturan kerja lebih anjal dengan pelaksanaan bekerja dari rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd