• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Penyandang Kerusi Seharusnya Bertanding PRK – DAP Johor

oleh Mohd Arshad
05/08/2024
dalam Politik, Terkini
0
Parti Penyandang Kerusi Seharusnya Bertanding PRK – DAP Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Parti penyandang kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, biasanya akan kekal bertanding jika Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, berkata prinsip itu bukan saja dipegang DAP, malah Pakatan Harapan (PH) dan rakan parti Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Susulan itu, katanya, rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan ditentukan pucuk pimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) dengan DAP Johor akan menghormati keputusan bakal dibuat.

“Saya sudah ditanya mengenai kenyataan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kluang berhubung kerusi DUN Mahkota.

“DAP Johor berpegang kepada amalan lazim PH, bahawa penentuan dan pelantikan calon serta pembahagian kerusi ditentukan pucuk pimpinan parti komponen secara musyawarah tanpa perlu dibincangkan dalam media.

“Biarlah kepimpinan membuat keputusan tanpa sebarang spekulasi dan tanpa mana-mana pihak membuat tuntutan terbuka di media.

“DAP juga berpegang kepada prinsip ‘incumbency’ atau penyandang, yang mana kerusi dimenangi pada PRU dan PRN sebelum ini akan ditandingi parti penyandang jika PRK diadakan. Ia sama seperti ketika PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram serta PRK lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hari ini, AMANAH Kluang dilaporkan mendesak parti itu diberi peluang bertanding pada PRK DUN Mahkota, yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Ketua AMANAH Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain, dilaporkan berkata, ia berikutan AMANAH pernah memenangi kerusi DUN Mahkota pada PRU14 dan turut bertanding kerusi itu pada PRN 2022.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros pula dilaporkan menyifatkan tindakan AMANAH Kluang menuntut kerusi DUN Mahkota, sebagai gelojoh dan tamak, selain dilihat tidak menghormati sensitiviti keluarga serta waris mantan ADUN Mahkota, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang baru meninggal dunia.

-Berita Harian

Tags: DAPDAP Johorparti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

Next Post

Zahid Mohon Maaf Tersasul Sebut ‘Hidup Israel’

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post
Zahid Mohon Maaf Tersasul Sebut ‘Hidup Israel’

Zahid Mohon Maaf Tersasul Sebut 'Hidup Israel'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd