• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib: AGM Badan Peguam Tak Sah, Semakan Kurangkan Hukuman Terbatal

oleh AK-47
07/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Najib: AGM Badan Peguam Tak Sah, Semakan Kurangkan Hukuman Terbatal
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas perdana menteri Najib Razak berhujah cabaran Badan Peguam Malaysia di mahkamah terhadap pengurangan hukumannya terbatal kerana mesyuarat agung tahunannya (AGM) tidak sah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguamnya Muhammad Farhan Muhammad Shafee menegaskan Badan Peguam memutuskan untuk melancarkan semakan kehakiman semasa AGM ke-78 awal tahun ini, yang dihadiri kurang 500 orang.

Dalam afidavit yang disahkan semalam untuk membantah tindakan sivil Badan Peguam, Farhan mendakwa terdapat pelanggaran syarat minimum 500 hadirin AGM di bawah Seksyen 64(5) Akta Profesion Undang-undang 1976.

Peguam itu berhujah dalam keadaan sedemikian menjadi kewajipan Badan Peguam untuk menangguhkan AGM ke hari berikutnya bagi mencapai jumlah kehadiran yang diperlukan.

AGM diadakan pada 16 Mac lalu dan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur difailkan pada bulan berikutnya.

“Asas bantahan ini adalah bahawa pemohon tidak mempunyai locus untuk memulakan tindakan ini kerana Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang kononnya meluluskan usul untuk memfailkan tindakan di sini, adalah terbatal, ultra vires dan/atau pelanggaran kewajipan statutori seperti yang diperuntukkan dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976 (APUU) atas alasan MAT tersebut telah diadakan tanpa keperluan korum dalam kehadiran,” kata Farhan pada afidavit yang dilihat Malaysiakini.

Badan Peguam memohon kebenaran mahkamah sivil untuk menjalankan semakan kehakiman yang menyasarkan titah diraja Lembaga Pengampunan bagi mengurangkan hukuman penjara 12 tahun Najib dan denda RM210 juta.

Bekas perdana menteri itu kini menjalani hukuman penjara enam tahun dan dendanya dikurangkan kepada RM50 juta berhubung sabitan kes rasuah RM42 juta SRC International.

Ketika permohonan kebenaran semakan kehakiman didengar sebahagiannya pada 2 Julai, bekas presiden Badan Peguam Zainur Zakaria berhujah ia bukan satu cabaran terhadap kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.

Peguam kepada badan itu berhujah semakan kehakiman berkenaan hanya menyasarkan nasihat Lembaga Pengampunan untuk pengurangan hukuman pada 29 Jan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Ahmad Kamal Md Shahid akan disambung semula pada 18 Sept.

Wakil dari Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pasukan undang-undang Najib bersedia untuk mengemukakan hujahan balas terhadap permohonan Badan Peguam itu.

-Malaysia Kini

Tags: AGMDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elak Ditahan Polis, Penunggang Motosikal Melawan Arus

Next Post

Polis Belum Terima Laporan Lengkap Punca Kematian Nur Farah Kartini

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
Polis Belum Terima Laporan Lengkap Punca Kematian Nur Farah Kartini

Polis Belum Terima Laporan Lengkap Punca Kematian Nur Farah Kartini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd