• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Muhyiddin Hanya Ada 105 SD, Tak Cukup Kerusi’ – Zahid Hamidi

oleh Mohd Arshad
22/08/2024
dalam Politik, Terkini
0
‘Muhyiddin Hanya Ada 105 SD, Tak Cukup Kerusi’ – Zahid Hamidi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai jumlah yang cukup untuk membentuk kerajaan pada 2022.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahmad Zahid berkata, jumlah berkenaan berkurangan apabila terdapat pertindihan Akaun Bersumpah (SD) antara PN dan BN.

“Sebenarnya dia (Muhyiddin) tidak cukup jumlah kerusi (untuk bentuk kerajaan).

“Apa yang dikatakan oleh beliau (Muhyiddin) ini (Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) saksi hidup 115 SD yang dikatakan ada itu termasuk 10 SD daripada ahli Parlimen (BN) yang menandatangani dua SD.

“Dengan BN pun dia tanda tangan, dengan PN pun mereka tanda tangan. Itu sebabnya jumlah sebenar hanya ada 105 SD sahaja. 105 SD tidak cukup nak bentuk kerajaan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai ucapan Muhyiddin ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di mana beliau mempunyai 115 SD ketika itu.

Semalam, Muhyiddin menyerahkan dokumen mengandungi 115 SD ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Akuan Berkanun itu didakwa telah diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022, jam 1.28 tengah hari sebelum tempoh asal ditetapkan tamat dan satu lagi Akuan Berkanun yang diserahkan kepada Istana Negara pada 22 November 2022.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, SD yang ditandatangani oleh 10 ahli Parlimen BN tidak sah kerana mereka terikat dengan tiga dokumen yang ditandatangani ketika watikah pelantikan calon diberikan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) pada 2022 lalu.

“Setiap calon Parlimen BN perlu tandatangan tiga dokumen. Satu menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Pengerusi BN untuk membentuk kerajaan atau mewujudkan kerajaan campuran atau sebab tindakan bagi ke arah pembentukan kerajaan.

“Kedua, menandatangani dokumen bahawa kerusi yang dimenangi itu adalah kerusi parti dan bukannya individu. Dokumen ketiga jika mereka keluar parti atau menyokong pihak lain, mereka mesti membayar RM100 juta denda.

“Ketiga-tiga dokumen ini ditandatangani dan ia ditandatangani dengan rakaman video di hadapan Pesuruhjaya Sumpah bersama tiga orang peguam. Jadi bagaimana kalau berlaku gila talak itu mahu menafikan situasi sebenarnya,” katanya.

-Berita Harian

Tags: muhyiddinSDZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Kekal PN, Muhyiddin Nafi Wujud Hubungan Rapat Dengan PH

Bersatu Kekal PN, Muhyiddin Nafi Wujud Hubungan Rapat Dengan PH

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mewujudkan hubungan rapat...

Yang Pasti Tan Sri Muhyiddin Yassin Juga Bukan Lagi Calon PM – Ahmad Samsuri

Yang Pasti Tan Sri Muhyiddin Yassin Juga Bukan Lagi Calon PM – Ahmad Samsuri

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kemelut dalaman antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas berhubung calon Perdana Menteri daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd