Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

MH17: Penyiasat Mungkin Tangguh...

PASUKAN Penyiasat Op MH 17 Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kiev berkemungkinan besar...

Polis Marin Sarawak Rampas...

KUCHING - Polis Marin merampas 80,000 liter minyak diesel bernilai kira-kira RM554,000 di...

5,000 Motosikal Berkuasa Tinggi...

KLANG - Sebanyak 5,000 motosikal berkuasa tinggi akan berhimpun di Shah Alam sempena...

Pemandu Nyaris Maut Kereta...

Beijing - Seorang pemandu China nyaris maut apabila keretanya masuk ke dalam tanah...

Leang Hadapi 8 Pertuduhan Culik, Kurung, Amang Seksual Kanak-Kanak

Johor Bahru : Penganggur dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, hari ini atas lapan pertuduhan menculik, membuat pengurungan salah dan amang seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, selain mengumpul dan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Leang Win Son, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan bagi semua pertuduhan di hadapan Hakim Rasidah Roslee.

Lelaki itu didakwa menculik kanak-kanak daripada jagaan sah iaitu ibunya di Eco Galleria, Taman Botani, Iskandar Puteri di sini, pada 8.30 malam, 20 Julai Lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah itu juga, tertuduh didakwa membuat pengurungan salah ke atas kanak-kanak itu di bilik hotel di Jalan Mahagoni 9, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor pada 4.45 pagi, 23 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 346 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabitan.

Sementara itu, di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman, tertuduh menghadapi enam lagi pertuduhan yang mana empat daripadanya, didakwa mengumpul sebanyak 5,317 gambar dan video iaitu bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam dua kad SD, cakera keras dan telefon bimbit di sebuah rumah di Jalan Bunga Raya 2, Taman Sri Kulai dekat Kulai, pada 4 petang, 24 Julai lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 8(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat tidak kurang tiga kali, jika sabit kesalahan.

Bagi dua lagi pertuduhan, Leang didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak iaitu 30 keping gambar penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dalam telefon bimbit di hotel di Jalan Mahagoni 9, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor pada 4.45 pagi, 23 Julai lalu.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Anak tunggal itu turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan membuatkan seorang kanak-kanak menunjukkan badannya supaya dapat


dilihat olehnya di hotel sama antara 12.30 tengah hari, 22 Julai lalu hingga 4.45 pagi, 23 Julai lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif memberitahu mahkamah bahawa semua perbuatan di bawah seksyen yang dihadapi tertuduh tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, katanya, jika mahkamah ingin membenarkan tertuduh diikat jamin, beliau mencadangkan jumlah keseluruhan RM160,000 bagi semua lapan pertuduhan.

Peguam Nur Zafirah Norizan yang mewakili tertuduh pula memohon jumlah jaminan yang minimum atas faktor anak guamnya yang tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh ibunya.

“Ibu tertuduh berusia 58 tahun dan merupakan ibu tunggal. Ibunya tidak mempunyai pekerjaan dan gaji tetap. Tertuduh mempunyai masalah kesihatan dan ditanggung sepenuhnya oleh ibunya,” katanya.

Dua mahkamah itu kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan RM50,000 serta syarat tambahan, tertuduh tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan, lapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta pasport antarabangsa hendaklah diserahkan kepada mahkamah, jika ada.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 September depan bagi serahan dokumen.

Ketika prosiding di hadapan Hakim Siti Noraida, ibu kanak-kanak mangsa penculikan itu, Leo Qieo Xin, 37, dilihat turut hadir bersama rakannya dan berada di tempat duduk orang awam.

Selesai prosiding di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, tertuduh dibawa terus ke Mahkamah Majistret Kulai untuk menghadapi tujuh lagi pertuduhan difahamkan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • Leang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori