• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Salah Guna Kedudukan Dan Pengubahan Wang Haram Muhyiddin Disebut Semula 27 September

oleh Mohd Arshad
30/08/2024
dalam Politik, Terkini
0
Kes Salah Guna Kedudukan Dan Pengubahan Wang Haram Muhyiddin Disebut Semula 27 September
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menetapkan 27 September ini bagi sebutan semula kes salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Projek Jana Wibawa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tarikh itu ditetapkan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi sementara menunggu Mahkamah Rayuan memutuskan permohonan semakan Muhyiddin untuk mengembalikan semula perintah Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya daripada empat tuduhan salah guna kedudukan.

Mahkamah Rayuan pada 12 Ogos lalu menjadualkan semula tarikh keputusan berkenaan yang ditetapkan sebelum ini, iaitu pada 20 Ogos ini, kepada 11 September.

Pada prosiding hari ini, Muhyiddin diwakili peguam, Chetan Jethwani manakala Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bertindak bagi pihak pendakwaan.

Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan empat tuduhan terbabit dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Muhyiddin dilepas dan dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin pada 15 Ogos tahun lalu selepas mendapati empat tuduhan terhadap Muhyiddin kabur dan tidak berasas.

Pada 27 Mac lalu, Muhyiddin memohon semakan, dengan mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan terbatal kerana ia dibuat tanpa bidang kuasa seperti dikehendaki mengikut Seksyen 50(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Presiden BERSATU pada masa itu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Sentral di antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta di antara 8 Februari dan 8 Julai 2022.

BHonline-

Tags: Muhyiddin YassinPengubahan Wang HaramSalah Guna Kedudukan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Duta Asing Dinasihatkan Berhati-hati Keluar Kenyataan Berkaitan Palestin

Next Post

Pembaikan Lubang Di Taman Tasek Indra Dilaksanakan Segera

Related Posts

Keterangan Ismail Sabri Akan Diambil Beberapa Kali Lagi

Keterangan Ismail Sabri Akan Diambil Beberapa Kali Lagi

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dipanggil beberapa kali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Bekas Guru Besar Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Pengubahan Wang Haram

Bekas Guru Besar Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Pengubahan Wang Haram

17/02/2025
0

KUALA TERENGGANU : Bekas seorang guru besar sebuah sekolah di Marang, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan terbabit dalam Pengubahan...

Next Post
Pembaikan Lubang Di Taman Tasek Indra Dilaksanakan Segera

Pembaikan Lubang Di Taman Tasek Indra Dilaksanakan Segera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd