• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Nidza Afham: Laporan Bedah Siasat Diperoleh Petang Ini

oleh Mohd Arshad
15/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Nidza Afham: Laporan Bedah Siasat Diperoleh Petang Ini
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kes Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang pada petang Rabu dijangka diperoleh pada petang ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan bedah siasat itu bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.

“Kita masih dalam siasatan lagi, tunggu laporan post mortem, sebab kita nampak telefon dia ada cuma kad sahaja yang hilang, telefon ada di jambatan.

“Jadi kita tunggu laporan siasatan daripada post mortem, mungkin petang ini dan Ketua Polis Selangor akan beri (kenyataan),” katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Beliau berkata sedemikian ketika menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Inspektor Kor SUKSIS UiTM Kali Kesembilan di UiTM Shah Alam di sini.

Hadir sama, Komandan Kor SUKSIS UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Pada Rabu, Hussein mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di Sungai Klang, petang Rabu itu adalah Nidza Afham.

Menurutnya, jenazah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.

Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie dan pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku dilaporkan hilang 7.45 petang pada Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam sebelumnya.

Dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemui di Jambatan Sungai Klang

-Sinar Harian

Tags: Kes Nidza AfhamLaporan Bedah Siasat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kecederaan Fizikal, Polis Siasat Kes Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut

Tiada Kecederaan Fizikal, Polis Siasat Kes Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut

15/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Polis menunggu keputusan makmal bagi mengetahui punca sebenar kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang mayatnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd