• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 12 Tahun Pandu Kereta: Bapa Didakwa Cuai

oleh AK-47
07/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kanak-Kanak 12 Tahun Pandu Kereta: Bapa Didakwa Cuai
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang penjual karpet warga Pakistan, iaitu bapa kepada kanak-kanak lelaki 12 tahun, yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan, bertindak cuai hingga mungkin mendedahkannya kepada kecederaan fizikal, pada hujung bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lelaki berstatus pemastautin tetap berusia 53 tahun itu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki, berusia 12 tahun, telah mengabaikan dan bertindak secara cuai yang mungkin mendedahkanya kepada kecederaan fizikal.

Dia dituduh gagal mengawasi kanak-kanak tersebut sehingga murid Tahun Enam berkenaan memandu kereta di Jalan Impiana 10, Taman Putra Impiana, Puchong di sini, pada jam 7.30 petang, 28 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ia berserta hukuman tambahan iaitu orang yang disabitkan atas kesalahan, perlu menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama tempoh yang difikirkan patut oleh mahkamah dan melaksanakan khidmat masyarakat.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahin Sasaruddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berdekatan, sekali setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam, Nabilla Rosli dari Tetuan Nadia Nabilla Rosli & Syaakirah membantah cadangan itu dan merayu anak guamnya diberikan ikat jamin pada kadar rendah.

“Dia merupakan penanggung tunggal, perlu menyara isteri yang juga suri rumah termasuk lima anak mereka berusia antara enam hingga 19 tahun.

“Ikat jamin yang dicadangkan pihak pendakwaan amat tinggi dan di luar batas kemampuannya, maka saya mohon anak guam diberi ikat jamin pada kadar rendah,” katanya yang tidak membantah syarat tambahan berkenaan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Ahmad Fuad membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan memenuhi syarat tambahan yang dibuat pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 4 September depan untuk sebutan semula kes.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan, satu rakaman video tular berdurasi satu minit 49 saat, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun memandu kereta Perodua Viva dengan membawa dua budak lain berusia empat dan enam tahun.

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam, 28 Julai lalu.

-Sinar Harian

Tags: Kanak-Kanak 12 Tahun Pandu Kereta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Culik Lelaki Palestin Didengar Di Mahkamah Tinggi

Next Post

2 Hari Petra Hilang Rupanya Dibaham Harimau Akar

Related Posts

No Content Available
Next Post
2 Hari Petra Hilang Rupanya Dibaham Harimau Akar

2 Hari Petra Hilang Rupanya Dibaham Harimau Akar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd