• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jauhi Perbuatan Timbul Kebencian, Buli Di Media Sosial Suatu Bentuk Kemerdekaan Dalam Islam

oleh Mohd Arshad
10/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jauhi Perbuatan Timbul Kebencian, Buli Di Media Sosial Suatu Bentuk Kemerdekaan Dalam Islam
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Menjauhi perbuatan yang menimbulkan kebencian antara kaum, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat dan membuli di media sosial adalah langkah memerdekakan diri yang dianjurkan dalam Islam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata langkah itu bukan sahaja membawa kebaikan kepada diri sendiri malah dapat mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.

“Apabila kita guna platform media sosial untuk menghentam, memfitnah, menggunakan kata-kata kesat serta membuli, ini merupakan satu perkara mungkar yang menunjukkan individu tersebut dikuasai oleh nafsu, syaitan dan iblis.

“Kalau dia berjaya meninggalkan perbuatan tersebut, maknanya dia membebaskan diri daripada terus dibelenggu perbuatan batil dan berubah kepada gaya hidup berpaksikan akidah, syariat dan akhlak sebagai cara hidup Islam sebenar,” katanya kepada Bernama.

Mohd Na’im berkata pembebasan diri daripada perbuatan tidak baik itu sekali gus membantu kerajaan dalam mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya berunsur provokasi di media sosial.

Mohd Na’im berkata Islam sendiri mengajar umatnya untuk berubah daripada kemungkaran kepada amalan yang baik serta hanya mentauhidkan Allah SWT semata-mata dan mengikut ajaran dibawa oleh Rasulullah SAW.

“Dari sudut ajaran Islam, kemerdekaan sebenar ialah membebaskan diri masing-masing daripada cengkaman lain bukan sahaja penjajah tapi dalam konteks Islam, membebaskan diri daripada amalan buruk dan sia-sia serta amalan yang boleh mencetuskan perpecahan,” katanya.

Beliau turut menyeru semua warga agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menghayati makna kemerdekaan negara dengan menghargai para pejuang terdahulu yang berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajah.

Menurut beliau, mengisi makna kemerdekaan antara lain membawa maksud mengangkat kembali darjat umat dalam segala aspek merangkumi ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

“Kita mesti berjuang bersama-sama untuk menyelamatkan umat Islam daripada kemunduran jiwa dan akhlak serta membangunkan minda dan kualiti peradaban insan,” katanya.

Justeru, beliau telah meminta semua agensi berkenaan termasuk institusi masjid dan surau untuk menggerakkan program penghayatan kemerdekaan berlandaskan tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ sempena Bulan Kebangsaan.

Pada 5 Jun lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke-67.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 berkata pemilihan tema itu bagi menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif.

–BERNAMA

Tags: Buli Sosial
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Papar Menara Petronas Kembar Tiga, Agensi Iklan Mohon Maaf

Next Post

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Related Posts

No Content Available
Next Post
Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd