• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganja Lebih 111kg Dirampas, Polis Tahan Seorang Pemandu Kereta

oleh Mohd Arshad
05/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Ganja Lebih 111kg Dirampas, Polis Tahan Seorang Pemandu Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan : Polis mengesahkan rampasan lebih 111 kilogram (kg) dedaun kering kehijauan disyaki ganja bernilai RM359,600 di tepi jalan berhampiran kedai makan medan selera Sungai Ular di sini, Khamis lalu, adalah yang terbesar di Pahang tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, semakan rekod lampau mendapati lelaki berusia 48 tahun yang ditahan bersama rampasan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Menurutnya, ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama tujuh hari sehingga 8 Ogos ini bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan sebatan tidak kurang 12 sebatan.

“Siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 ke atas harta milik suspek dan sekutu masih diteruskan.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan jenayah itu seorang diri dan mengambil bekalan dadah dari negeri jiran dengan menjadikan lebuh raya sebagai laluan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Yahaya berkata, berdasarkan laporan lelaki itu ditahan oleh anggota Unit Peronda Lebuhraya (EMPV) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ketika memandu kereta di tepi jalan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 menghala ke Kuala Lumpur pada pada 9 pagi.

Menurutnya, ketika anggota polis ingin melakukan pemeriksaan di dalam kenderaan itu, suspek bertindak memecut kenderaan menghala ke Plaza Tol Jabor.

“Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan di tepi jalan berhampiran kedai makan medan selera Sungai Ular Jalan Kuantan-Kemaman.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu menemukan 107 paket plastik lut sinar yang mengandungi ketulan mampat disyaki ganja seberat 111.66351 kg.

“Dengan tangkapan ini, polis percaya dapat menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis ganja untuk diedarkan ke pasaran tempatan.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh digunakan seramai 111,663 penagih dadah,” katanya.

-Harian Metro

Tags: ganjapolisrampas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zahid Mohon Maaf Tersasul Sebut ‘Hidup Israel’

Next Post

Meta Dipanggil Ke Pejabat Perdana Menteri Jawab Isu Sekatan

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post
Meta Dipanggil Ke Pejabat Perdana Menteri Jawab Isu Sekatan

Meta Dipanggil Ke Pejabat Perdana Menteri Jawab Isu Sekatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd