• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Nyawa Melayang Angkara Kereta Terbabas Elak Kon Rempuh Jengkaut

oleh AK-47
14/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua Nyawa Melayang Angkara Kereta Terbabas Elak Kon Rempuh Jengkaut
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON : Kegembiraan enam remaja yang dalam perjalanan untuk bersiar-siar di Seremban, berakhir tragedi apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah jengkaut dekat lampu isyarat berhampiran Kampung Gelam di sini awal pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata kemalangan itu berlaku pada jam 1.45 pagi tadi mengakibatkan dua daripada mereka maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal pihak polis mendapati, kereta itu dipandu pemuda berusia 24 tahun sambil membawa lima remaja berusia dari 16 tahun hingga 19 tahun dari arah Port Dickson menghala ke Seremban.

“Pemandu kereta berusia 24 tahun dan seorang gadis penuntut kolej berusia 18 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa anggota badan.

Semua penumpang lain hanya cedera ringan, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila ketika di tempat kejadian, pemandu kereta cuba mengelak kon lalu terbabas.

“Akibatnya kereta mereka merempuh sebuah jengkaut yang sedang menggali lubang untuk pemasangan kabel bawah tanah.

“Hasil siasatan juga mendapati, punca kemalangan, dipercayai pemandu itu gagal mengawal kenderaan lalu merempuh jengkaut yang sedang bekerja menyebabkan kereta mangsa remuk teruk,” ujarnya.

Aidi Sham berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan.

“Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06-6472222,” katanya.

-Berita Harian

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Next Post

Pembantu Tadbir Kolej Tak Mengaku ‘Gelapkan’ RM20,000

Related Posts

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

23/05/2025
0

MELAKA: Seorang lelaki dan wanita warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka...

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Next Post
Pembantu Tadbir Kolej Tak Mengaku ‘Gelapkan’ RM20,000

Pembantu Tadbir Kolej Tak Mengaku 'Gelapkan' RM20,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd