• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabaran AI, Pendidikan IPT Perlu Dikemas Kini Ikut Perkembangan Semasa

oleh AK-47
22/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cabaran AI, Pendidikan IPT Perlu Dikemas Kini Ikut Perkembangan Semasa
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memastikan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, transformasi itu perlu dilakukan agar pendidikan negara mampu mendepani evolusi teknologi yang begitu pantas terutama dalam penggunaan digital dan kecerdasan buatan (AI).

Malah menurutnya, anjakan itu juga bagi memastikan graduan institusi pengajian tinggi dilengkapi dan bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.

“Generasi muda kini berhadapan pelbagai cabaran seiring dengan lajunya arus teknologi, bukan sahaja di dalam bidang kemahiran, malah dalam mengharungi arus kehidupan seharian.

“Sehubungan itu, institusi-institusi pengajian tinggi perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa.

“Patik diamanahkan untuk melaksanakan tugas besar perekayasaan, pemerkasaan dan transformasi pendidikan tinggi negara bagi mendepani kemunculan dunia AI yang mengubah landskap pendidikan global secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan perasmian Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah di sini pada Khamis.

Perasmian disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Zambry berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi mempunyai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau dan antarabangsa.

Katanya, beberapa sasaran impak utama dianjurkan bagi sektor pendidikan tinggi negara termasuk penambahbaikan kedudukan Malaysia sebagai hab ilmu dan bakat bertaraf antarabangsa.

“Dalam mengejar kedudukan di peringkat antarabangsa, keseimbangan di dalam pendidikan tinggi juga perlu dititikberatkan.

“Membina watak dan otak, menggapai ke langit dan mengakar ke bumi adalah antara mantera pendidikan tinggi masa kini.

“Di tengah-tengah zaman pasca normal yang penuh dengan tantangan kompleks, kontradiksi dan kerancuan, semuanya berlaku secara serentak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penubuhan UiTM Kampus Tapah berupaya melonjakkan pembangunan ekonomi dan sosial setempat.

Ujarnya, perkara itu selari dengan hala tuju 10 lonjakan di dalam Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia 2022–2025 berdasarkan beberapa bidang fokus termasuk Memacu dan Menyemarakkan Kesejahteraan Komuniti.

“Setelah tertubuhnya sebuah universiti di Tapah, pembangunan di daerah ini juga menyusul tiba.

“Pelbagai program keusahawanan dan kemasyarakatan juga bakal mengeratkan hubungan warga universiti dan komuniti,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: AIIPTKPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

How AI Is Reshaping Cybersecurity: Smarter Threat Detection 2025

How AI Is Reshaping Cybersecurity: Smarter Threat Detection 2025

31/08/2025
0

Cybersecurity in 2025 looks nothing like it did a decade ago. As businesses, governments, and individuals increasingly rely on digital...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd