• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Guru Dituduh Bunuh, Kerat Cikgu Istiqomah

oleh AK-47
19/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Bekas Guru Dituduh Bunuh, Kerat Cikgu Istiqomah
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki yang merupakan bekas guru dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di Melaka hari ini atas pertuduhan membunuh seorang guru wanita pada hujung tahun lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes tersebut terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mohd Fadzly yang tidak diwakili peguam dituduh membunuh Istiqomah Ahmad Rozi, 33, di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang di Melaka, antara 26 hingga 31 Dis 2023.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim yang tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu berkaitan kes bunuh dan memohon tarikh bagi laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) serta bedah siasat.

Teoh kemudiannya menetapkan 22 Okt depan bagi tarikh serahan laporan DNA dan bedah siasat.

Terdahulu, pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Gajah dipenuhi pengamal media yang membuat liputan mengenai kes berkenaan seawal 8 pagi.

Beberapa ahli keluarga mangsa turut kelihatan menghadiri prosiding itu sebelum ke Hospital Melaka bagi urusan tuntutan jenazah.

Pada 6 Jan lepas, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang di Alor Gajah.

Selepas kira-kira lapan bulan, pada 12 Ogos lepas Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Dis 2023.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, menahan pasangan suami isteri berumur 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos.

-Bernama

Tags: Bekas GuruKes Cikgu Istiqomah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Semua Pihak Perlu Sokong Aspirasi Malaysia Jadi 20 Negara Teratas AI – Anwar

Next Post

Tragedi 3 Sekeluarga Maut: Suspek Bunuh Dan Bakar Rumah Dituduh Esok

Related Posts

No Content Available
Next Post
Tragedi 3 Sekeluarga Maut: Suspek Bunuh Dan Bakar Rumah Dituduh Esok

Tragedi 3 Sekeluarga Maut: Suspek Bunuh Dan Bakar Rumah Dituduh Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd