• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Hari Petra Hilang Rupanya Dibaham Harimau Akar

oleh Mohd Arshad
08/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
2 Hari Petra Hilang Rupanya Dibaham Harimau Akar
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT : Seorang wanita tergamam mendapati kucing peliharaannya yang hilang selama dua hari di rumah ibu bapanya di Kampung Tersusun Salak di Salak Baru di sini, sebenarnya sudah dibaham harimau akar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu terbongkar selepas Nurul Balqis Musa, 30 memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah keluarganya itu Isnin lalu.

Katanya, sebelum kejadian itu, dia sememangnya ada dimaklumkan jiran mengenai kehilangan serentak tiga kucing peliharaan, namun ketika itu sekadar menyangka kehilangan kucing sebegitu perkara biasa.

Bagaimanapun kehilangan kucing betina diberi nama Petra itu disifatkannya agak pelik memandangkan ia jinak dan sangat jarang merayau jauh, selain terdapat kesan najis kucing bertebaran di perkarangan rumah pada hari ia dipercayai hilang.

“Saya menetap di Ipoh namun Petra saya tinggalkan di rumah ibu memandangkan saya sering bekerja di luar kawasan dan pulang ke kampung setiap hujung minggu. Dua hari selepas Petra hilang, saya baru terdetik untuk memeriksa CCTV.

“Saya terkejut melihat rakaman itu yang memaparkan Petra dibaham harimau akar dianggar bersaiz kambing dewasa kira-kira jam 3 pagi. Petra memang kucing kesayangan saya biarpun ia sudah seakan menjadi ‘kucing kampung’ memandangkan ibu dan ayah turut membela lapan kucing di rumah itu,” katanya.

Nurul Balqis berkata susulan kejadian itu penduduk kini dibelenggu kerisauan dan dia sendiri sudah melaporkannya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dengan kakitangannya sudah diarahkan ke lokasi bagi menyiasatnya.

“Kita akan pasang perangkap selain menasihatkan pengadu supaya mengurung semua binatang ternakan atau peliharaan lain jika ada,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Harimau Akar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak 12 Tahun Pandu Kereta: Bapa Didakwa Cuai

Next Post

Remaja 14 Tahun Menyamar Sebagai Kakitangan Hospital Serdang

Related Posts

Harimau Akar Masuk Rumah, Warga Emas Cedera Dicakar Di Kening

Harimau Akar Masuk Rumah, Warga Emas Cedera Dicakar Di Kening

25/11/2022
0

LIPIS : Sepasang suami isteri berusia 55 dan 58 tahun berdepan detik cemas selepas seekor harimau akar menceroboh masuk ke...

Next Post
Remaja 14 Tahun Menyamar Sebagai Kakitangan Hospital Serdang

Remaja 14 Tahun Menyamar Sebagai Kakitangan Hospital Serdang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd