• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Pengikut Millah Abraham Didakwa

oleh AK-47
06/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
14 Pengikut Millah Abraham Didakwa
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Seramai 14 pengikut ajaran sesat Millah Abraham dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa, atas pertuduhan memiliki bahan penerbitan agama bertentang hukum syarak dan mengingkari pihak berkuasa agama.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas kesemua 11 tertuduh lelaki dan tiga tertuduh perempuan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Mohd Syahir Sahab.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 9 dan Seksyen 13(1)(b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003 yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali, juga akan dikenakan pelucutan hak dan hadir kaunseling, sekiranya disabitkan kesalahan.

Prosiding tersebut adalah untuk sebutan bagi memindahkan kes mengikut daerah masing-masing di tempat tempat kejadian berlaku selari dengan Seksyen 67 Enakmen yang sama.

Kesemua tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 bagi setiap kes dengan dua penjamin warganegara.

Sebelum itu, kesemua tertuduh dibawa menaiki van tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 9.45 pagi dengan dikawal rapi anggota polis dan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Sebelum itu, pada Ahad, media melaporkan 17 pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan dalam operasi bersepadu di Batu Pahat, Pontian, Muar dan Segamat pada 1 Ogos lalu.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi khas Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dengan kerjasama Unit Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Ajaran Millah Ibrahim/Abraham difatwakan sesat di Johor pada 30 Julai 2015 dan diwartakan pada 28 April 2016 sebagai ajaran dan fahaman yang menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara fahaman salah ajaran ini ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli tidak sah selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan ada Syahadah berbeza.

-Sinar Harian

Tags: Millah Abraham
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lima Ditahan Kes Rasuah Kontrak Bersih Kapal Tangki

Next Post

Perenang Glamor Olimpik Ditendang Keluar

Related Posts

‘Menteri’ Ajaran Sesat Millah Abraham Ditahan

‘Menteri’ Ajaran Sesat Millah Abraham Ditahan

16/08/2024
0

Johor Bahru : Seorang lagi individu disyaki pengikut Millah Abraham bertaraf 'menteri' dalam hierarki ajaran sesat itu, ditahan dalam operasi...

Next Post
Perenang Glamor Olimpik Ditendang Keluar

Perenang Glamor Olimpik Ditendang Keluar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd