• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dirempuh Kayu Balak: Beberapa Organ Dalaman Yang Rosak Teruk Terpaksa Dibuang

oleh Mohd Arshad
14/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Wanita Dirempuh Kayu Balak: Beberapa Organ Dalaman Yang Rosak Teruk Terpaksa Dibuang
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : “Kami mohon orang ramai tolong doakan adik saya supaya kembali sedar dan segera sembuh,” kata Ujiriah Kamaruzaman, 41.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ujiriah adalah kakak kepada Siti Norelyana Kamaruzaman, 21, yang cedera parah selepas dirempuh balak yang tergolek di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara dekat Gua Musang, jam 11.23 pagi, Selasa lalu.

Menurutnya, Siti Norelyana yang juga anak kesepuluh daripada 12 beradik adalah seorang yang sangat kuat untuk melawan kesakitan.

“Alhamdulillah, keadaan adik stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Doktor memaklumkan akan buat pembedahan membuang buah pinggang yang rosak sebelah, tulang belakang, punggung, tulang rusuk, hati, limpa, paru-paru dan hempedu yang mengalami luka teruk.

“Namun, setakat ini doktor perlu menunggu sehingga keadaan adik baik sebelum menjalani pembedahan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, adiknya itu bekerja sebagai jurujual di bandar Gua Musang dan dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kejadian itu.

Terdahulu media melaporkan seorang wanita cedera parah dirempuh kayu balak dari lori yang terbalik di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo dilaporkan berkata, penyambung atau cakera putar (turn table) pada lori yang patah ketika melalui selekoh dipercayai menjadi punca kayu balak terjatuh dan tergolek sebelum merempuh seorang penunggang motosikal wanita.

-Harian Metro

Tags: Organ DalamanWanita Dirempuh Kayu Balak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd