• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Kematian Baby Syifaa Akibat Tekanan Pada Leher – Mahkamah Koroner

oleh Mohd Arshad
31/07/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Punca Kematian Baby Syifaa Akibat Tekanan Pada Leher – Mahkamah Koroner
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Mahkamah Koroner, di sini, hari ini memutuskan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa yang ditemui tidak sedarkan diri di pusat asuhannya, dekat Sendayan, di sini, dua tahun lalu disebabkan tekanan pada leher.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Koroner Datin Surita Budin ketika membacakan keputusan itu berkata kematian Nour Rania bukan satu kemalangan atau kecelakaan tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian ditinggalkan oleh pengasuh.

“Kematiannya disebabkan akibat tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian tepi sisi hujung kain buaian.

“Bagi tujuan inkues ini, saya berpuas hati bahawa atas imbangan kebarangkalian berdasarkan keterangan daripada saksi-saksi apabila dilihat secara keseluruhannya, untuk mahkamah memutuskan kematian si mati bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung di dalam buaian disebabkan tindakan atau tinggalan S19 (pengasuh) yang tinggalkannya di dalam buaian tanpa pengawasan yang sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah, “katanya.

Kematian kadet TLDM, Soosaimanicckam kerana dinafi rawatan perubatan – Mahkamah Tinggi

Surita berkata keadaan itu akhirnya menyebabkan kematian bayi berkenaan yang membawa kepada satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Media sebelum ini melaporkan, Baby Syifaa yang berusia 15 bulan ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, di Bandar Sri Sendayan, pada 22 Februari 2022.

Pada 29 April lalu, Mahkamah Koroner, di sini, menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan keputusan bagi inkues kes kematian Baby Syifaa.

Surita turut menetapkan 25 Jun lalu sebagai tarikh untuk memfailkan hujahan bertulis manakala 9 Julai bagi hujahan balas sebelum keputusan.

-Berita Harian

Tags: Baby Syifaamahkamah koronerTekanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

Jalaluddin Rayu Anggota Tentera, Polis Pilih BN – “Undilah Dengan Hati Nurani Demi Negeri Sembilan”

Jalaluddin Rayu Anggota Tentera, Polis Pilih BN – “Undilah Dengan Hati Nurani Demi Negeri Sembilan”

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anggota pasukan keselamatan khususnya tentera dan polis yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal esok diseru supaya tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd