Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Reka Bentuk Kapal Tempur...

KUALA LUMPUR : Reka bentuk terperinci pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) hampir siap...

Kanak-Kanak Iraq Diseksa Supaya...

BAGHDAD - Pasukan keselamatan di Kurdistan, Iraq, ‘menyeksa kanak-kanak’ untuk memaksa mereka mengaku...

Gempa Bumi Nepal: Michelle...

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dan tunang Datuk Jean Todt...

DAP Kesal Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP tidak berpuas hati dengan tindakan tatatertib yang...

PLKN 3.0 Mula Pertengahan Tahun Depan

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dicadangkan bermula sekitar pertengahan tahun depan, membabitkan fasa pra PLKN di peringkat sekolah terlebih dahulu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata bagi fasa PLKN asas membabitkan peserta berumur 17 tahun dan ke atas dijangka bermula pada April 2026.

Bagi fasa asas di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), katanya ia akan bermula pada pengambilan pelajar sesi akademik 2026/2027.

“Bagi fasa pra PLKN di peringkat sekolah, ia akan dilaksanakan bersama dengan ketetapan pelaksanaan modul generasi MADANI oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan dijangka bermula pada Jun dan Julai tahun depan.

“Bagi fasa PLKN asas yang melibatkan peserta 17 tahun dan ke atas di kem askar wataniah selama 45 hari, ia dijangka dimulakan pada April 2026.

“Bagaimanapun projek rintis akan bermula pada Jun dan Julai 2025, yang melibatkan dua kem wataniah dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 peserta,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Zahari Kechik (BEBAS-Jeli) yang mahu mengetahui status terkini bagi pelaksanaan semula PLKN.

Mengulas lanjut pelaksanaan program itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan bersetuju dengan penerapan konsep dan format baharu.

Untuk itu, katanya Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) memuktamadkan proses menyedia serta merangka modul latihan yang akan dilakukan secara berfasa.


Bagi fasa pra PLKN, kata ia akan diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun, merangkumi pelajar di Tingkatan 4 saja semasa kegiatan kokurikulum.

Fasa seterusnya, beliau berkata merangkumi pelaksanaan PLKN asas remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.

“Fasa latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus. Latihan tersebut bersifat intensif, lapangan serta praktikal.

“Modul asas kenegaraan dibangunkan oleh KPT mengandungi modul kenegaraan elemen jati diri, modul kenegaraan elemen cinta negara dan modul kenegaraan elemen perpaduan.

“Manakala modul asas ketenteraan pula dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan. Pelatih akan dilatih untuk mempraktikan budaya kehidupan tentera seperti displin, ketetapan masa tersusun dan mandiri,” katanya.

Dalam program latihan itu nanti, Mohamed Khaled memaklumkan yang peserta diberi peluang untuk menjalani latihan lanjutan dalam bidang mereka minat.

Justeru, katanya modul bagi setiap latihan khusus dibangunkan untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan.

“Fasa peringkat latihan lanjutan memang kita ada bincang sama ada kita perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN. Saya percaya memang sangat positif dan Insya-Allah akan dimuktamadkan,” katanya.

-Berita Harian

3 KOMEN

  1. helloI really like your writing so a lot share we keep up a correspondence extra approximately your post on AOL I need an expert in this house to unravel my problem May be that is you Taking a look ahead to see you

  2. of course like your website but you have to check the spelling on several of your posts A number of them are rife with spelling issues and I in finding it very troublesome to inform the reality on the other hand I will certainly come back again

  3. Its like you read my mind You appear to know so much about this like you wrote the book in it or something I think that you can do with a few pics to drive the message home a little bit but other than that this is fantastic blog A great read Ill certainly be back

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori