• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

oleh Mohd Arshad
31/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan langkah mitigasi impak kenaikan harga menerusi penyasaran subsidi diesel dan pemberian bantuan tunai, dijangka tidak memberi kesan ketara ke atas inflasi dan pertumbuhan ekonomi, kata Kementerian Kewangan (MOF).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berikutan itu, kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.

Langkah penyasaran semula itu juga, katanya, sejajar pendirian kerajaan meneruskan bantuan subsidi kepada golongan memerlukan, khususnya rakyat berpendapatan rendah dan sederhana selain mengurangkan ketirisan kepada golongan tidak sepatutnya seperti warga asing, syarikat swasta besar dan individu berpendapatan tinggi.

MOF berkata, langkah itu penting memandang kerajaan membelanjakan lebih RM80 bilion bagi membiayai keseluruhan subsidi, insentif dan bantuan sosial pada 2023.

“Perbelanjaan subsidi kepenggunaan adalah terbesar sebanyak RM50 bilion merangkumi subsidi petrol, diesel dan gas memasak, subsidi minyak masak, subsidi bil elektrik serta subsidi harga ayam dan telur ayam.

“Perbelanjaan subsidi, insentif dan bantuan sosial yang semakin meningkat ini telah mencetuskan risiko negatif kepada kemampanan fiskal jangka panjang negara dan boleh menyebabkan peruntukan sektor lebih penting seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan terpaksa dikurangkan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri S. Vell Paari mengenai masalah yang mungkin dihadapi daripada pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api atau diesel serta cara mengatasinya agar tidak membebankan rakyat.

Menjelaskan selanjutnya, MOF berkata, di bawah penyasaran semula subsidi diesel, bantuan tunai kepada pemilik kenderaan hanya melibatkan 300,000 individu.

Bantuan berdasarkan satu kadar iaitu RM200 ringgit sebulan itu dianggarkan mencukupi untuk pemilik kenderaan diesel individu yang kebanyakannya menggunakan kenderaan jenis pikap.

“Sebaliknya, pengguna RON95 adalah jauh lebih besar dan termasuk pemilik motosikal dan pemilik kereta selain pemandu e-hailing. Oleh itu, jika bantuan tunai digunakan sebagai pendekatan RON95, ianya mungkin berbeza daripada diesel,” katanya.

-Bernama

Tags: bantuan tunaiInflasiMOFPenyasaran Subsidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Tidak Dapat Dielakkan – Kementerian Kewangan

Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Tidak Dapat Dielakkan – Kementerian Kewangan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga minyak mentah global tidak dapat dielakkan, namun Kerajaan Madani kekal komited melindungi rakyat daripada tekanan...

Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga bahan api tanpa subsidi mengalami peningkatan sekali lagi apabila kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd