• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Akan Harungi Gelora Ekonomi Di Bawah Naungan Sultan Ibrahim – PM

oleh Mohd Arshad
20/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Negara Akan Harungi Gelora Ekonomi Di Bawah Naungan Sultan Ibrahim – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, negara akan mengharungi liku gelora ekonomi dunia melalui prakarsa baharu yang mampan bagi menjamin kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, langkah-langkah tegas seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi Madani telah mencetus unjuran kadar pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada 5.8 peratus bagi suku kedua tahun ini.

“Momentum segar ini diperkukuh dengan angka nilai perdagangan bernilai RM1.396 trilion.

“Sementara nilai pelaburan baharu yang diluluskan adalah sebanyak RM83.7 bilion untuk suku pertama tahun ini, yakni 13 peratus lebih tinggi berbanding RM74.1 bilion pada tahun lalu,” kata Anwar semasa menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia atas pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu.

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, di sini, pada Sabtu.

Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan, 2024.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.8 peratus pada Suku Kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya dan merupakan pertumbuhan tertinggi sejak Suku Kedua 2022 pada 7.4 peratus.

Menurut laman web DOSM, pengumuman rasmi KDNK Suku Kedua 2024 akan diadakan pada 16 Ogos 2024.

Bernama-

Tags: Anwar Ibrahimgelora ekonomiYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd