Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Kisah Penuntut Di Moscow...

MATI itu pasti.. takkan lewat walau sedetik mahupun tercepat walau sesaat.Kematian mungkin sesuatu...

Warga Emas Sesat Di...

CEMAS... Seorang warga emas di Terengganu terpaksa bermalam dalam hutan apabila sesat di...

Aksi Gelek: Ira Kaza...

SEBELUM ini, nama Ira Kaza mula menjadi perhatian netizen selepas tersebar rakaman menunjukkan...

Isu Sihir.. Azwan Ali...

PANAS jadinya atmosfera dunia hiburan apabila Azwan Ali membuat pengakuan sensasi mendakwa dirinya...

‘Mangsa Kayu Balak Terjatuh Lori, Ditidurkan Akibat Cedera Parah’

GUA MUSANG : Gadis yang cedera parah rempuhan balak yang tergolek dari kenderaan pengangkut di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara di sini pagi semalam, kini ditidurkan dan akan menjalani pembedahan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mangsa, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini dalam pemantauan rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) akibat patah tulang punggung dan rusuk akibat dirempuh balak berkenaan.

Selain itu, mangsa juga mengalami kecederaan teruk di bahagian hati, limpa, hempedu dan usus.

Abang mangsa, Mohamad Azwa, 28, berkata, adiknya ditidurkan sejak petang semalam ketika dalam rawatan di Hospital Gua Musang.

Katanya, adiknya dihantar ke HRPZ petang semalam untuk rawatan lanjut dan dalam pengawasan rapi doktor.

“Doktor memaklumkan akan buat pembedahan untuk tulang belakang, punggung, tulang rusuk, hati, limpa, paru-paru, hempedu yang mengalami luka teruk.

“Sekarang ini doktor tengah merawat bahagian usus dan kemungkinan akan ada masalah juga. Buat masa sekarang ini semangat adik saya sangat kuat apabila dia tengah lawan sakitnya.

“Walaupun dalam keadaan ditidurkan namun dia memberi tindak balas positif pada bahagian kaki dan tangan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohamad Azwa berkata, ketika melihat video kemalangan yang tular dia tidak menyangka mangsa kejadian adalah adiknya sendiri.


“Semoga ada keajaiban supaya adik akan sembuh kembali dan kami sekeluarga mengharapkan doa orang ramai.

“Mengikut perancangan adik akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya pada Disember ini,” katanya.

Sementara itu tunang mangsa, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, berharap supaya orang ramai menghentikan dakwaan palsu berkaitan kejadian dan keadaan tunangnya.

“Di media sosial pelbagai dakwaan dibuat terhadap tunang saya, ada yang kata dia sudah meninggal dan yang paling teruk tuduhan Siti Norelyana mengandung.

“Semua dakwaan itu tidak benar dan saya berharap individu yang bertanggungjawab dapat memadamkan semua ‘posting’ mereka di media sosial.

“Kami mengharapkan doa rakyat Malaysia supaya tunang saya akan sembuh seperti biasa,” katanya berada di HRPZ II.

Semalam media melaporkan seorang wanita cedera parah dirempuh kayu balak dari lori yang terbalik di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata penyambung pada lori pengangkut balak itu patah ketika melalui selekoh dipercayai menjadi punca kayu balak terjatuh dan tergolek sebelum merempuh penunggang motosikal wanita yang kebetulan berada di situ.

-Berita Harian

1 komen

  1. helloI really like your writing so a lot share we keep up a correspondence extra approximately your post on AOL I need an expert in this house to unravel my problem May be that is you Taking a look ahead to see you

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori