• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mama Menangis Siang Malam, Baliklah Ke Pangkuan Keluarga Dengan Selamat….’

oleh Mohd Arshad
27/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
‘Mama Menangis Siang Malam, Baliklah Ke Pangkuan Keluarga Dengan Selamat….’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : “Mama menangis siang malam fikirkan kau Mey. Setiap hari mama berdoa semoga kau balik ke pangkuan keluarga dengan selamat…” Itulah antara kata-kata yang dikongsikan seorang pengguna TikTok bernama Julia94 yang dipercayai ahli keluarga Nur Shafila Suaib, 20, yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Nur Shafila yang dipanggil Memey oleh ahli keluarganya dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi keluarganya sejak 15 Julai lalu sebelum satu laporan polis dibuat sehari selepas itu.

“Tolong siapa yang nampak Nur Shafila Suaib sila hubungi kami. Dia bekerja di Kuala Lumpur, asal (berasal) dari Sabah. Sampai sekarang kami masih tidak dapat jejak dia berada di mana. Keluarga kami risau dan kami semua (berada) di Sabah.

“Minta jasa baik warga Kuala Lumpur tolong share (kongsi) banyak-banyak (di TikTok) sampai kami jumpa adik kami,” tulisnya pada satu daripada 12 gambar Nur Shafila yang dikongsikan menerusi TikTok.

Sementara itu, Julia berkata, ibunya yang sangat risaukan keadaan dan keselamatan Nur Shafila kini kerap menangis sejak kehilangan gadis itu.

“Mama menangis siang malam fikirkan kau Mey, tengoklah,” tulisnya dalam kapsyen bersama sekeping gambar wanita yang dipercayai ibu kepada Nur Shafila yang riak wajahnya penuh kesedihan.

Turut disertakan sekeping gambar ibu Nur Shafila sedang berdoa selepas bersolat dengan catatan ‘setiap hari mama berdoa semoga kau balik ke pangkuan keluarga dengan selamat’.

Perkongsian Julia itu setakat ini mendapati 103 tanda suka, sembilan komen dan dikongsikan 27 kali oleh pengguna TikTok lain.

Terdahulu BH melaporkan, polis meminta bantuan awam untuk mengesan seorang pengasuh taska yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 15 Julai lalu.

Nur Shafila,20, kali terakhir dilihat di Kampung Sri Malaysia, di sini dan polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu pada 16 Julai lalu.

“Mangsa yang bekerja sebagai pengasuh taska di Desa Petaling gagal dihubungi oleh keluarga sejak 15 Julai.

“Nur Shafila berketinggian 148 sentimeter, berat 45 kilogram, berbadan sederhana kurus, bertudung dan tidak berkaca mata,” katanya.

Katanya, alamat terakhir wanita itu adalah di 12-23 Pangsapuri Sri Malaysia, No 2 Jalan 3/141 Kampung Sri Malaysia, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru, Sarjan Khalik Abdul Wahab, di talian 03-79815053 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

-Berita Harian

Tags: Orang Hilang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

Next Post

Jenazah Siti Zaharah Selamat Dikebumikan Di Shah Alam

Related Posts

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

17/03/2025
0

KLANG, 17 Mac 2025 – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing di kawasan bawah Jambatan Muhibbah, Klang, berhampiran Pulau...

Polis Mohon Bantuan Kesan Tan Joon Tien

Polis Mohon Bantuan Kesan Tan Joon Tien

12/01/2025
0

KUANTAN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Cameron...

Next Post
Jenazah Siti Zaharah Selamat Dikebumikan Di Shah Alam

Jenazah Siti Zaharah Selamat Dikebumikan Di Shah Alam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd