• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tular Pakai Baju T Logo PDRM Bukan Pegawai Polis

oleh AK-47
08/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Tular Pakai Baju T Logo PDRM Bukan Pegawai Polis
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lelaki yang tular memakai baju T tertera logo PDRM bukan seorang pegawai polis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya mengesan satu hantaran tular di aplikasi media sosial Facebook yang dimuat naik oleh pemilik akaun, Philip Ong bertajuk ‘My Kids Will Never Respect The Police’ pada Ahad jam 10 malam.

Menurutnya, hantaran itu memaparkan dua gambar dan satu video berdurasi 13 saat yang menunjukkan seorang lelaki memakai baju T tertera logo PDRM yang didakwa meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku di Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana berhadapan bangunan Empire dekat sini.

“Maklumat mendapati insiden itu berlaku pada Rabu, jam 8.30 pagi semasa pemandu kereta jenis Volkswagen Polo Hatchback sedang menurunkan isterinya yang bekerja di bangunan Empire dan telah dimarahi oleh seorang pengguna jalan raya.

“Lelaki itu marah kepada pemandu Volkswagen Polo Hatchback kerana menurunkan penumpang di kawasan garisan yang tidak boleh berhenti.

“Hasil siasatan awal, pemandu kereta berkenaan bukanlah seorang pegawai polis dan baju yang dipakai diperoleh semasa mengikuti satu acara ‘fun ride’ anjuran PDRM di Shah Alam, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, Shahrulnizam berkata, pihak polis akan mengesan pemandu yang memakai baju lambang PDRM dan individu yang membuat hantaran tersebut

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam.

“Semua pengguna jalan raya diminta mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terus bertindak melulu dengan menuduh dan memfitnah mana-mana pihak terutama pihak penguat kuasa undang-undang tanpa sebarang keterangan sahih,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: PDRMTular
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Pihak Berpotensi Beli Semarak20 – TPM

Next Post

Rayuan Kes Dadah: Mamat Exist Berjaya Ketepi Hukuman Penjara

Related Posts

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

23/06/2025
0

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik sepanjang 38...

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu'...

Next Post
Rayuan Kes Dadah: Mamat Exist Berjaya Ketepi Hukuman Penjara

Rayuan Kes Dadah: Mamat Exist Berjaya Ketepi Hukuman Penjara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd