• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Skuba Teruskan Operasi Pencarian Bukti Di Sungai Trolak

oleh Mohd Arshad
20/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Skuba Teruskan Operasi Pencarian Bukti Di Sungai Trolak
Share on FacebookShare on Twitter

SLIM RIVER: Operasi pencarian bahan bukti tambahan bagi kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah di Sungai Trolak, Kampung Batu 4 dijangka diteruskan, petang ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ini berikutan paras air yang semakin surut dan jernih jika dibandingkan semalam yang mana air keruh selepas hujan di kawasan hulu sungai.

Semalam, operasi terbabit ditangguhkan berikutan paras air sungai yang tidak menentu serta arus deras disebabkan hujan pada awal pagi.

Difahamkan, pasukan Unit Skuba Siasatan Forensik Bukit Aman dijangka tiba di Sungai Trolak kira-jam 2.00 petang nanti.

Cuaca di kawasan berkenaan pagi ini agak redup dan tinjauan juga mendapati air sungai terbabit semakin jernih malah ada sebahagian kawasan sudah mula nampak beting pasir.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Seri Keledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6.00 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga berkerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Media melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini, 25, ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Pada hari yang sama, polis turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini.

BHonline-

Tags: Farah KartiniSungai TrolakUnit Skuba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Bedah Siasat Belum Siap, Kes Bunuh Nur Farah Kartini Disebut Semula 10 Disember

Laporan Bedah Siasat Belum Siap, Kes Bunuh Nur Farah Kartini Disebut Semula 10 Disember

07/10/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 Disember ini bagi sebutan semula kes anggota polis berpangkat Lans Koperal,...

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Paras Air Sungai Trolak Tempat Pencarian Bukti Kes Surut Dan Jernih

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Paras Air Sungai Trolak Tempat Pencarian Bukti Kes Surut Dan Jernih

21/07/2024
1

SLIM RIVER : Paras air bukan hanya surut malah semakin jernih di Sungai Trolak di Kampung Batu 4, pagi ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd