Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

HFMD Meningkat Di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 605 kes penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) dikesan...

Bomba Selamatkan Anggota Polis...

SIK: Seorang anggota polis nyaris maut selepas dipatuk ular kapak di Hutan Simpan...

Tengku Abdullah Sah Dimasyhurkan...

RASMI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disahkkan bakal dilantik sebagai...

18 Tahun Belum Boleh...

KUALA LUMPUR - Pengundi di Parlimen Tanjung Piai yang berusia 18 tahun pada...

Keropok Beracun: Ibu Reda Pemergian Anak Sulung

GEORGE TOWN – Ibu kepada dua beradik yang kritikal selepas makan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus, Nurain Hasnorizal, 25, reda dengan kematian anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, yang menghembuskan nafas pada jam 8.40 pagi, Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Nurain berkata, dia tidak sanggup untuk melihat keadaan anaknya itu yang bertarung nyawa sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Isnin lalu.

Ujarnya, sebagai ibu, dia juga tidak sanggup melihat anak keduanya, Muhammad Luth Syauqi, 2, yang kini masih dalam keadaan koma dan dirawat di wad yang sama.

“Saya tak boleh tengok keadaan macam ni, nanti dia sorang-sorang selepas abangnya meninggal dunia. Mereka berdua memang rapat. Jika nak pergi mana-mana, kalau adik tak nak ikut, abang akan tarik tangan untuk pergi bersama-sama.

“Sekarang adik masih koma, seksa dia hidup. Kasihan sangat, tetapi saya reda,” katanya sebak ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HPP di sini pada Rabu.

Menurut Nurain, dia masih menunggu jawapan doktor pakar mengenai keadaan anak keduanya itu.

“Saya tak pasti lagi (keadaan anak kedua), tunggu macam mana jawapan doktor,” katanya.


Bercerita lanjut mengenai arwah anaknya, Nurain berkata, Muhammad Akil merupakan seorang anak yang manja dengannya.

“Sebelum ini kalau saya nak pergi kerja, dia akan nangis, tapi kali ini dia tak menangis, dia lambai sahaja. Dia cakap ‘bye bye’ sambil pegang adik dia,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Muhammad Akil dan adiknya Muhammad Luth dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun yang bertujuan bagi perangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

-Sinar Harian

3 KOMEN

  1. helloI really like your writing so a lot share we keep up a correspondence extra approximately your post on AOL I need an expert in this house to unravel my problem May be that is you Taking a look ahead to see you

  2. Hello Neat post Theres an issue together with your site in internet explorer would check this IE still is the marketplace chief and a large element of other folks will leave out your magnificent writing due to this problem

  3. Its like you read my mind You appear to know so much about this like you wrote the book in it or something I think that you can do with a few pics to drive the message home a little bit but other than that this is fantastic blog A great read Ill certainly be back

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori