• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Belum Sedia Laksana Semula GST

oleh AK-47
16/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
3
Kerajaan Belum Sedia Laksana Semula GST
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana ia bersifat cukai kepenggunaan yang berasas luas dan bukan masa yang sesuai untuk diperkenalkan semula.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia tidak sesuai dilaksanakan kini kerana rakyat terutama yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup.

Menurutnya, dalam melaksanakan pembaharuan fiskal, kerajaan mengambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar dan percukaian.

“Kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai sedia ada dan memperkenalkan percukaian yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai kepenggunaan baharu seperti GST.

“Sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan seperti melaksanakan semula GST perlu diteliti untuk memastikan ia bersifat progresif.

“Seterusnya, mudah ditadbir, tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi serta pada masa yang sama dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) mengenai strategi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi meningkatkan pematuhan cukai dan sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula GST seperti negara jiran.

Mengulas mengenai meningkat pematuhan cukai, Amir Hamzah memberitahu, LHDN melaksanakan empat strategi bagi tujuan kesedaran awam tentang kepentingan membayar cukai terhadap pembangunan negara.

Amir Hamzah berkata, langkah pertama adalah dengan menjalin kerjasama bersama pempengaruh dan selebriti melalui Program Rakan Strategik Hasil.

“Strategi ini bertujuan untuk membantu menyampaikan mesej percukaian secara ringkas, kreatif dan mudah difahami khususnya kepada pembayar cukai baharu dalam kalangan generasi muda.

“Seterusnya, LHDN memberi khidmat rundingan kepada individu dan perniagaan untuk mendapatkan nasihat dan panduan pengurusan cukai,” katanya.

Seterusnya, beliau memaklumkan, LHDN turut menjalankan aktiviti pemantauan secara berterusan di platform e-dagang dan media sosial untuk mengenal pasti golongan yang terlibat dengan model ekonomi digital bagi mematuhi undang-undang percukaian.

“Strategi terakhir adalah dengan menggunakan kaedah nudging seperti penghantaran mesej digital melalui e-mel secara pukal atau spesifik kepada pembayar cukai yang mempunyai risiko ketidakpatuhan cukai,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan JKDM turut meneruskan usaha memupuk pematuhan secara sukarela dalam kalangan individu dan syarikat, seperti pemberian surat peringatan secara berskala, sesi hand-holding dengan pihak terlibat serta pengauditan secara berkala.

-Sinar Harian

Tags: GSTKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Seorang Anggota Polis

Next Post

42 Perjanjian Sempadan Darat, Maritim Dimeterai Malaysia Dengan Negara Jiran

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post
42 Perjanjian Sempadan Darat, Maritim Dimeterai Malaysia Dengan Negara Jiran

42 Perjanjian Sempadan Darat, Maritim Dimeterai Malaysia Dengan Negara Jiran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd