• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Keadilan Terhadap Anak Saya Kini Terbela, Kami Bersyukur KepadaMu Ya Allah’

oleh Mohd Arshad
23/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
‘Keadilan Terhadap Anak Saya Kini Terbela, Kami Bersyukur KepadaMu Ya Allah’
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan ibu bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain sebaik enam ‘pendera’ dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sebaik selesai prosiding yang berlangsung lebih tiga jam itu, Zulkarnain Idros, 59, dan Hawa Osman, 60, terus keluar dari mahkamah dan melakukan sujud syukur.

Mereka dilihat menangis dan menadah tangan syukur kerana apa yang diimpikan selama ini supaya enam pesalah itu diheret ke tali gantung tercapai.

“Keadilan terhadap anak saya kini terbela, kami bersyukur kepadaMu ya Allah,” jerit Hawa.

Sementara itu, Zulkarnain berkata, keputusan hari ini adalah keadilan buat anaknya yang sudah pergi menemui Ilahi dalam keadaan menyayat hati.

“Kami mungkin akan buat kenduri doa selamat untuk keputusan ini,” katanya ditemui selepas prosiding.

Ditanya keadaannya ketika mendengar alasan penghakiman dibacakan Hakim Mahkamah Rayuan, Zulkarnain mengakui dia dan isteri menangis sebaik mendengar keputusan.

“Anak kami cukup menderita apabila diseksa dengan kejam, banyak yang kita tidak tahu selama ini, akhirnya kami dapat dengar dengan jelas apa yang dilakukan mereka terhadap arwah,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga bersyukur kepada Allah SWT kerana memakbulkan doa dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia mengikuti perkembangan kes itu yang sudah lama mendesak supaya hukuman mati dikenakan ke atas pesalah.

“Terima kasih kepada barisan Timbalan Pendakwa Raya yang begitu hebat hingga dapat membuktikan adanya niat membunuh.

“Saya ucapkan terima kasih kepada hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan tepat dan mengembalikan kepada hukuman mati,” katanya.

Katanya, bagaimanapun perjuangan mereka tidak terhenti hari ini kerana dimaklumkan semua pesalah itu akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

“Saya dimaklumkan dalam masa dua hingga tiga minggu kes ini akan ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung kepada enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan Osman, tujuh tahun lalu.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya kini berusia 28 tahun.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini keenam-enam perayu yang juga responden dalam rayuan itu dihukum penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat terhadap arwah Zulfarhan Osman mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

HarianMetro-

Tags: Hukuman GantungUPNMZulfarhan Osman Zulkarnain
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPM, KPT Bekerjasama Perkasa Kolej Tingkatan Enam

Next Post

123 Rakyat Malaysia Selamat Naiki Penerbangan Khas Dari Bangladesh

Related Posts

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan...

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

11/11/2024
0

SHAH ALAM - Insiden buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keamanan yang...

Next Post
123 Rakyat Malaysia Selamat Naiki Penerbangan Khas Dari Bangladesh

123 Rakyat Malaysia Selamat Naiki Penerbangan Khas Dari Bangladesh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd