• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Kilang Kantoi Rakam Video Dalam Tandas Wanita

oleh Mohd Arshad
05/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Jurutera Kilang Kantoi Rakam Video Dalam Tandas Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

Bayan Lepas : Jurutera kilang ditahan selepas didapati merakam video di dalam tandas wanita di tingkat satu sebuah kompleks perniagaan di Lengkok Mayang Pasir, Bayan Baru, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kegiatan lelaki berusia 27 tahun itu dikesan pengawal keselamatan kompleks perniagaan itu kira-kira 10.30 malam sebelum menahan dan menyerahkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengurus bangunan berusia 37 tahun.

Katanya, suspek dikatakan beberapa kali mengulangi perkara sama di tandas wanita itu sebelum laporan polis dibuat kerana bimbang dengan keselamatan pekerja.

“Semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek juga pernah memasuki tandas wanita berkenaan pada 26 Jun dan Rabu lalu.

“Hasil pemeriksaan dalam telefon bimbit suspek menemukan empat gambar punggung wanita tanpa pakaian di dalam tandas dan satu video dengan gambar sama berdurasi dua saat bertarikh 21 Jun, selain gambar serta video lucah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Kamarul Rizal berkata, siasatan juga mendapati suspek melakukan perbuatan itu bagi tontonan sendiri.

“Suspek direman selama empat hari sehingga 8 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Jurutera KilangTandas Wanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd