• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

oleh AK-47
27/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tujuh lelaki berusia 17 hingga 54 tahun ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan di sebuah kediaman di sini pada malam Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abd Aziz berkata, serbuan tersebut dijalankan di tiga buah rumah di sebuah flat dekat bandar Kuala Terengganu kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Menurutnya, ketika serbuan terdapat antara lelaki berkenaan memakai baju kurung serta berpakaian menjolok mata.

“Serbuan dijalankan hasil pemantauan beberapa kali oleh pegawai penguat kuasa syariah sebelum ini.

“Kita dapati mereka selalu berpakaian wanita pada waktu malam dan berada di kawasan beranda rumah.

“Keadaan tersebut telah menarik minat ramai lelaki memasuki kawasan flat itu sekali gus menimbulkan kegusaran dan rasa kurang senang penduduk setempat,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Aizi Saidi berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 iaitu lelaki yang berlagak seperti perempuan.

“Mereka ditahan telah dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Mereka kemudiannya dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah,” jelas beliau.

-Sinar Harian

Tags: JHEATMak NyahTahan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

21/11/2025
0

Seremban: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam rakaman melakukan perkara tidak senonoh di dalam kereta seperti tersebar beberapa hari lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd