• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Siti Zaharah Selamat Dikebumikan Di Shah Alam

oleh AK-47
27/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jenazah Siti Zaharah Selamat Dikebumikan Di Shah Alam
Share on FacebookShare on Twitter

Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan pada 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di Shah Alam hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Terdahulu, jenazah bekas Ketua Wanita UMNO itu dibawa ke Surau Platinum Al-Mawaddah, Seksyen 7, dekat Shah Alam untuk disolatkan sebelum dibawa menaiki van dan tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 10.40 pagi.

Pengebumian Siti Zaharah, 75, yang berlangsung dalam keadaan cuaca baik itu, turut dihadiri ahli keluarga dan rakan.

Sementara itu, anak kedua kepada Siti Zaharah, Jati Dzulkarnain Samarudin berkata Allahyarhamah ibunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada 11.23 malam tadi akibat sakit tua.

“Insya-Allah kami akan mengadakan majlis tahlil buat arwah ibu (Siti Zaharah) selama tiga malam berturut-turut di rumah saya di Denai Alam.

“Saya juga amat berterima kasih kepada semua yang hadir pada pengebumian ibu hari ini, baik ahli keluarga atau rakan-rakan ibu sendiri,” katanya ketika ditemui Bernama selepas selesai urusan pengebumian.

Allahyarhamah meninggalkan empat anak dan 12 cucu.

Siti Zaharah yang dilahirkan pada 24 April 1949 dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan antaranya Timbalan Perancangan, Dewan Bahasa dan Pustaka (1980-1986), Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri (1986), Timbalan Menteri Kesihatan (1995-1999) dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (1999-2004).

Dalam politik, beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Pahang, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen Mentakab, Ahli Parlimen Paya Besar dan Ketua Wanita UMNO.

-Bernama

Tags: Siti Zaharah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd