Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Wang Zakat ‘Harus’ Diberi...

KOTA KINABALU - Fatwa mengenai pengagihan wang zakat untuk orang bukan Islam di...

Belanjawan Tiada Impak Besar...

PETALING JAYA - Bajet tahunan tidak akan memberi impak besar dalam penstrukturan semula...

PAS Sedia Lepas Semua...

PAS mungkin terpaksa akur jika benar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin...

Polis Rampas 16 Senjata...

LANGKAWI - Polis Kedah merampas 16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah...

Dua Beradik Kritikal Termakan Keropok Ada Racun Tikus

Dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas dipercayai termakan keropok yang mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi di Kulim, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Azizul Mohd Khairi dalam kenyataan berkata ibu kepada dua beradik itu menyedari kejadian pada 11 pagi selepas anak-anaknya muntah dan mengalami mulut berbuih.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dipercayai mengambil satu peket keropok mengandungi racun tikus yang digantungkan pada dawai besi di sekeliling pagar kebun berdekatan.

Keropok itu dipercayai digunakan untuk memerangkap monyet.


“Ibu mangsa telah membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau sebelum ke Hospital Kulim. Hasil pemeriksaan pegawai perubatan di Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal.

“Pada pukul 7.30 malam kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan jiran mangsa yang juga pekebun di kawasan berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori