• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

oleh Mohd Arshad
16/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
2
Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Berang kerana diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri menjadi punca kejadian bunuh membabitkan seorang wanita, Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sumber berkata, konflik percintaan antara mereka berlarutan selepas mangsa mendesak suspek untuk berkahwin dengannya.

“Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

“Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang juga penjawat awam adalah teman lelaki kepada mangsa.

“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.

Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Hussein dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Beliau dilaporkan berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: hubungan sulitNur Farah Kartini
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Nur Farah: 7 Okt Untuk Serah Laporan Kimia, Bedah Siasat

Bunuh Nur Farah: 7 Okt Untuk Serah Laporan Kimia, Bedah Siasat

30/08/2024
0

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat bagi kes Lans...

Polis Belum Terima Laporan Lengkap Punca Kematian Nur Farah Kartini

Polis Belum Terima Laporan Lengkap Punca Kematian Nur Farah Kartini

07/08/2024
0

Petaling Jaya : Polis belum menerima laporan analisis lengkap punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang maut dibunuh, bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd