• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pensyarah, Kontraktor Didakwa Miliki Bahan Dan Sebar Ideologi Keganasan

oleh Mohd Arshad
21/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bekas Pensyarah, Kontraktor Didakwa Miliki Bahan Dan Sebar Ideologi Keganasan
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Bekas pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas empat pertuduhan termasuk menanam fahaman ideologi keganasan berkait kumpulan Islamic State (IS), antara September 2023 hingga Jun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Abdullah Daud, 70, hanya menyatakan faham apabila keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadapnya kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, Abdullah didakwa menggalakkan berlakunya perbuatan pengganas dengan cara menanam fahaman ideologi yang berkait kumpulan pengganas IS.

Abdullah turut didakwa membenarkan perjumpaan diadakan di rumahnya di Kampung Melayu Kangkar, Tebrau di sini untuk digunakan bagi menyokong aktiviti keganasan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan antara 3 September 2023 hingga 14 April lalu dan didakwa masing-masing mengikut Seksyen 130G (a) dan Seksyen 130H (a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan denda jika disabitkan.

Selain itu, Abdullah turut didakwa memiliki dua buku bertajuk Hakikat Dienul Islam dan Tarbiyah Jihadiyah yang juga bahan berunsur keganasan dan berkaitan IS.

Warga emas itu turut didakwa memiliki dua buku digital dan dua video bahan yang berunsur keganasan dan berkaitan kumpulan IS di dalam telefon bimbitnya di rumahnya pada 23 dan 28 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucutkan hak bahan berkenaan.

Dalam prosiding sama, seorang kontraktor turut didakwa memiliki bahan yang berunsur keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS di dalam telefon bimbit dan komputer riba miliknya.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Mohamad Awang, 48.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Taman Daya pada 7.05 pagi, 23 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucutkan hak bahan-bahan berkenaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rullizah Abdul Majid dan Lina Hanini Ismail dengan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan jaminan ke atas kedua-dua tertuduh berikutan mereka ditahan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim memerintahkan tiada jaminan diberikan terhadap dua tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 18 September depan bagi pengurusan kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

-Harian Metro

Tags: Bekas PensyarahIdeologi Keganasankontraktor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gas Bocor Di Kawasan Perindustrian Kerteh, Pekerja Cedera

Next Post

Israel Serang Pelabuhan Hodeidah Di Yemen

Related Posts

Kontraktor, Anak Saudara Didakwa Bunuh Sabari

Kontraktor, Anak Saudara Didakwa Bunuh Sabari

17/10/2024
0

KUBANG PASU - Seorang kontraktor dan anak saudaranya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas pertuduhan membunuh pesara...

Kes Suami Tumbuk Isteri Tak Beli Makanan: Kontraktor Mengaku Tak Salah

Kes Suami Tumbuk Isteri Tak Beli Makanan: Kontraktor Mengaku Tak Salah

23/09/2024
0

BATU PAHAT: "Saya dah menyesal, saya mohon ikat jamin,". IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Demikian rayuan kontraktor yang mengaku tidak...

Next Post
Israel Serang Pelabuhan Hodeidah Di Yemen

Israel Serang Pelabuhan Hodeidah Di Yemen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd