• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayuh, Bantu Kami Cari Albertine Leo!

oleh Mohd Arshad
22/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Ayuh, Bantu Kami Cari Albertine Leo!
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis masih giat menjalankan usaha mengesan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, dekat sini, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sehubungan itu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar memohon ruang untuk terus menjalankan siasatan dan akan berkongsi perkembangan yang wajar diperoleh hasil siasatan itu.

“Polis sedang mempergiatkan usaha mengesan mangsa. Beri ruang untuk kami jalankan siasatan. Sekiranya ada perkembangan yang sewajarnya perlu dikongsi, maka kita akan maklumkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes kehilangan Albertine Leo Jia Hui yang sudah lebih 24 jam.

Kumar bagaimanapun tidak menjawab sebarang soalan mengenai dakwaan-dakwaan yang bermain di media sosial ketika ini mengenai keberadaan kanak-kanak itu.

Pelbagai dakwaan dan spekulasi sudah mula menular di media sosial antaranya yang menyatakan kanak-kanak itu dilihat berada di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

Sementara itu, ibu mangsa, Leo Qieo Xin, 37, memohon orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai anaknya itu sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.

Beliau mengakui khuatir akan keselamatan anak ketiga daripada empat beradik itu dan akan terus berada di lokasi kehilangan sehingga kanak-kanak itu dijumpai.

“Saya sangat marah dan kecewa apabila banyak berita tidak tepat mengaitkan hal kehilangan anak saya. Tolonglah hentikan. Saya sangat sedih dengan kejadian ini, saya tidak selera makan sebab terlalu risau,” katanya ketika ditemui.

Selain itu, di media sosial juga, terdapat beberapa pihak yang menawarkan wang ganjaran berjumlah antara RM10,000 sehingga RM50,000 kepada pihak yang berjaya menemui kanak-kanak itu.

Seorang pemilik kafe yang hanya dikenali sebagai Phang menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 dan berharap supaya kanak- kanak itu segera ditemui.

“Sesiapa yang berjaya bantu menemukan kanak-kanak itu, boleh ke Six Cafe Borneo yang beralamat di Taman Stulang Laut untuk ambil duit RM10,000,” tulisnya.

Syarikat ALBB Consultancy Sdn Bhd pula menawarkan RM50,000 kepada individu yang menghantar kanak-kanak itu di syarikat berkenaan dengan selamat.

Albertine disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.

Mengulas lanjut, Kumarasan berkata kanak-kanak berkenaan memakai baju T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan seluar pendek.

Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi di talian 017-7051097 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.

Difahamkan, lokasi pusat perniagaan itu sedang berlangsung festival Maqan x Bon Odori selama tiga hari bermula kelmarin yang disertai ibu dan bapa kanak-kanak itu yang juga seorang peniaga minuman.

Anjing pengesan dari Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dilihat digunakan untuk mengesan kanak-kanak itu di lokasi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut membuat hantaran meminta orang ramai bersama-sama membantu dengan melaporkan sebarang maklumat diperoleh dalam usaha mengesan kanak-kanak yang hilang itu.

BHonline-

Tags: Albertine LeoHILANGkanak-kanak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesara Tentera Amang Seksual Anak Rakan, Dijel Empat Tahun Dan Satu Sebatan

Next Post

Isteri MP Tasek Gelugor, Wan Saiful Meninggal Dunia

Related Posts

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

02/06/2025
0

Kuala Lumpur: Pengembara solo warga British dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah kelab di Bangsar, di sini,...

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Next Post
Isteri MP Tasek Gelugor, Wan Saiful Meninggal Dunia

Isteri MP Tasek Gelugor, Wan Saiful Meninggal Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd