• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Mahkota, Johor Kritikal, Alami Pendarahan Dalaman

oleh AK-47
31/07/2024
dalam Politik, Terkini
0
ADUN Mahkota, Johor Kritikal, Alami Pendarahan Dalaman
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, kini kritikal dan dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, akibat pendarahan dalaman.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah, berkata beliau dimaklumkan keadaan Sharifah Azizah itu oleh beberapa Wanita UMNO Johor, pagi tadi.

“Ya, betul. Keadaan Datuk Sharifah Azizah kini dilaporkan kritikal akibat pendarahan dalaman.

“Saya dan beberapa ahli Wanita UMNO Batu Pahat akan segera ke Hospital Kluang petang ini bagi menziarahi beliau,” katanya ketika dihubungi.

Bayi selamat dibedah keluar dari rahim ibu yang sudah meninggal dunia

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang ialah bekas Ketua Wanita UMNO Johor.

Beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.

Sebelum itu, Sharifah Azizah ialah ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu.

Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO Pontian, Hasrunizah Hassan, yang juga ADUN Pulai Sebatang berkata, Sharifah Azizah pernah dimasukkan ke hospital, Mac lalu bagi merawat masalah pendarahan dalamannya.

“Kami jangka isu kesihatan Sharifah Azizah sudah diatasi selepas dibenarkan keluar hospital beberapa bulan lalu.

“Namun, sangat terkejut apabila pagi ini. Keadaan beliau dilaporkan kritikal. Saya mendoakan kesihatan beliau akan pulih dan sedang mendapatkan maklumat lanjut, sebelum ke Hospital Kluang untuk menziarahinya,” katanya.

-Berita Harian

Tags: ADUN Mahkota
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyasaran Subsidi, Bantuan Tunai Tidak Beri Kesan Ke Atas Inflasi – MOF

Next Post

Tiada Keputusan Representasi Najib Dalam Masa Terdekat, Kata DPP

Related Posts

No Content Available
Next Post
Tiada Keputusan Representasi Najib Dalam Masa Terdekat, Kata DPP

Tiada Keputusan Representasi Najib Dalam Masa Terdekat, Kata DPP

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd