Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Syarat Untuk Pelayar Israel...

KUALA LUMPUR - Syarat-syarat yang dikenakan ke atas dua pelayar israel bagi menyertai...

Pinjaman Pemaju: REHDA Gembira...

TIADA yang rasional dalam penjelasan isu membenarkan pemaju menyediakan pinjaman margin 20 peratus...

Perlis Negeri Pertama Bebas...

PUTRAJAYA - Perlis negeri pertama di negara ini bebas daripada wabak koronavirus (Covid-19)...

Pyongyang Beri Amaran Kepada...

SEOUL - Korea Utara memberi amaran Amerika Syarikat (AS) perlu 'membayar harga sewajarnya'...

‘Ada Kesan Air Mani Ditemui Atas Tilam’ – Hakim

Muar : Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang kontraktor membela diri atas tiga pertuduhan merogol anak angkat yang juga anak murid isterinya, tujuh tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh berusia 46 tahun sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol anak angkatnya yang berusia 16 tahun ketika kejadian.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mahkamah berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan oleh tertuduh.

Dalam penghakiman keputusan di akhir pendakwaan, Abu Bakar berkata, keterangan saksi pendakwaan ketiga (SP3) yang juga mangsa relevan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan tertuduh membela diri.

“Pada peringkat ini (keputusan di akhir pendakwaan) keterangan daripada SP3 sangat relevan selain keterangan sokongan daripada ibu mangsa (SP2), saksi (SP4), anggota forensik (SP9) dan pegawai penyiasat (SP10).

“Selain ini, ia turut disokong dengan penemuan kesan air mani pada tilam selain tangkap layar perbualan antara mangsa dan tertuduh yang mana berlakunya perhubungan seks antara mereka berdua.

“Oleh itu, atas penilaian maksimum serta keterangan saksi dan dokumen eksibit yang dikemukakan sepanjang perbicaraan, mahkamah mengarahkan tertuduh membela diri,” katanya.

Sepanjang perbicaraan berlangsung sejak 2018, seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol anak angkatnya dalam bilik sebuah rumah di daerah ini, antara jam 2 hingga 4 pagi, Januari 2017.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan perkara sama terhadap mangsa pada Julai 2017 manakala pertuduhan ketiga, pada Disember 2017 dengan semua kejadian berlaku di tempat dan waktu sama.


Untuk ketiga-tiga pertuduhan ini, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa adalah anak murid isterinya dijadikan anak angkat memandangkan tertuduh tidak mempunyai zuriat.

Selepas mendapat persetujuan keluarga mangsa, tertuduh dan isterinya membawa mangsa ke rumah.

Kesempatan itu diambil tertuduh untuk melakukan perbuatan terkutuk sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Parit Jawa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh diwakili peguam, Munirah Najihah Shaari.

Dengan keputusan itu, mahkamah memberi tiga pilihan terhadap kedua-dua tertuduh sama ada akuan bersumpah dari kandang saksi, akuan tidak bersumpah atau memilih untuk berdiam diri.

Peguam memberitahu mahkamah anak guamnya memilih untuk akuan bersumpah dari kandang saksi.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos, 3 hingga 4 September ini untuk tertuduh membela diri.

-Harian Metro

3 KOMEN

  1. of course like your website but you have to check the spelling on several of your posts A number of them are rife with spelling issues and I in finding it very troublesome to inform the reality on the other hand I will certainly come back again

  2. Its like you read my mind You appear to know so much about this like you wrote the book in it or something I think that you can do with a few pics to drive the message home a little bit but other than that this is fantastic blog A great read Ill certainly be back

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori