• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

320 Aksesori Motosikal Diubahsuai Dilupuskan

oleh Mohd Arshad
11/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
320 Aksesori Motosikal Diubahsuai Dilupuskan
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Kedah melupuskan aksesori-aksesori motosikal yang diubahsuai pemilik ataupun penunggang motosikal hasil rampasan dalam tempoh enam bulan ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, pelupusan itu melibatkan pelbagai item seperti ekzos,enjin, karburetor serta tayar tidak ikut spesifikasi ataupun ubahsuai.

Menurutnya, arahan pelupusan itu daripada pihak mahkamah di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986(Akta 333).

“Kita membuat sitaan item-item ubah suai motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (dengan) jumlah lebih 1,000 item.

“(Daripada jumlah keseluruhan harta rampasan), pagi ini kita ada 320 item yang telah mendapat Arahan Pelupusan daripada majistret,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Khamis.

Beliau menambah, arahan pelupusan itu di bawah Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah dengan kaedah pelupusan secara gelek dengan steamroller atau penggelek jalan.

Katanya lagi, proses pelupusan dilaksanakan mengikut panduan piawai untuk memastikan kepatuhan dengan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan.

“Jadi, saya ingin tekankan kepada individu di luar terutamanya ibu bapa supaya memastikan motosikal digunakan anak-anak mereka tidak diubahsuai kerana ia satu kesalahan,” katanya.”

Beliau menasihatkan, semua pengguna jalan perlu mengikut semua undang-undang ditetapkan kerajaan dan menggunakan aksesori kenderaan yang standard sepertimana piawaian ditetapkan.

Fisol turut menasihatkan, orang awam supaya tidak terjebak dengan aktiviti rempit kerana ia boleh membahayakan diri sendiri dan mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, pihak polis akan bertindak tegas dan tidak kompromi bagi membendung kegiatan rempit ini dan akan terus mengesan pemilik-pemilik motosikal yang diubahsuai ini.

Dalam perkembangan sama,beliau memaklumkan, jumlah kemalangan jalan raya di Kedah bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 menunjukkan sedikit peningkatan dengan 0.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Fisol berkata, jumlah kes kemalangan maut di Kedah mencatatkan penurunan sebanyak 8.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun 2024.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan pemanduan selamat, sekaligus berwaspada ketika memandu di jalan raya.

Sementara itu, Fisol memberitahu, pihaknya menahan enam lagi ahli Geng Capang yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah bangunan kerajaan dan sekolah sejak awal tahun ini.

Beliau menyifatkan, pihak polis berjaya menyelesaikan 25 kes pecah bangunan kerajaan dan sekolah dengan penahanan suspek terlibat.

SinarHarian-

Tags: aksesori motosikaldilupuskan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RAKYAT Tengah Mengeluh, Orang Politik ‘Ride’ Motosikal Besar 

RAKYAT Tengah Mengeluh, Orang Politik ‘Ride’ Motosikal Besar 

20/02/2026
0

Oleh Mynewshub Ekonomi rakyat tak berapa elok.. ada hidup kais pagi makan petang. Kerja siang malam, tapi hujung bulan tetap...

275 Babi Dijangkiti Demam Babi Afrika Akan Dilupuskan

10/04/2022
0

SEREMBAN: Kesemua 275 ekor babi di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dekat sini, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd