Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Bos Pemurah Bawa 12,700...

China - Adakah bos-bos di China merupakan majikan terbaik di dunia?Selepas seorang majikan...

Proton Akhiri 2016 Dengan...

SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd. (Proton), melancarkan Proton Ertiga, kenderaan pelbagai guna...

Ahmad Faizal Mengadap Sultan...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadap Sultan...

Guna Tong Terpakai Isi...

IPOH - Terdapat segelintir pembungkus minyak masak di Perak sanggup menggunakan tong terpakai...

3 Termasuk Bapa Tiri, Abang Didakwa Rogol Budak 12 Tahun

Kota Bharu : Seorang bapa bersama anak lelakinya serta rakan kepada anaknya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Bachok, tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 46 tahun dan 22 tahun yang didakwa secara berasingan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut dua pertuduhan membabitkan tertuduh pertama berusia 46 tahun, tertuduh didakwa merogol anak tiri berusia 12 tahun tanpa kerelaannya yang mana hubungan tertuduh dengan mangsa tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama dan mempunyai hubungan amanah dengan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bachok pada waktu petang awal tahun ini dan pertengahan 18 Mei hingga 22 Mei tahun ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan membabitkan tertuduh kedua dan ketiga, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun tanpa kerelaannya di mana perbuatan itu dibuat di hadapan orang lain.

Kejadian itu dilakukan di lokasi yang sama membabitkan mangsa yang sama pada awal tahun ini.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh pertama serta kedua diwakili peguam, Nur Sarah Syamimi Safie, manakala tertuduh ketiga diwakili peguam, Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri memohon jaminan tidak ditawarkan terhadap ketiga-tiga tertuduh memandangkan kes terbabit adalah serius dan mangsa baru berusia 12 tahun.

Nur Sarah Syamimi dan Zuhaidie pula memohon jaminan ditawarkan memandangkan itu kes jenayah pertama anak guam mereka selain berjanji tidak akan mengganggu mangsa.

Mahkamah kemudiannya memutuskan tertuduh pertama dan kedua yang juga dua beranak tidak ditawarkan jaminan, manakala tertuduh ketiga dibenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

-Harian Metro

3 KOMEN

  1. I have been browsing online more than three hours today yet I never found any interesting article like yours It is pretty worth enough for me In my view if all website owners and bloggers made good content as you did the internet will be a lot more useful than ever before

  2. helloI really like your writing so a lot share we keep up a correspondence extra approximately your post on AOL I need an expert in this house to unravel my problem May be that is you Taking a look ahead to see you

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori