Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

RM3.93 Bilion Diperuntukan Bagi...

PUTRAJAYA – Sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan...

Munafik.. Naskhah Seram Dan...

SETELAH hampir dua tahun menyepikan diri dari bidang pengarahan, Syamsul Yusof kembali dengan...

Video: Iklan Merdeka Maxis...

MENJELANG sambutan ulang tahun ke-57 hari kemerdekaan negara yang bakal disambut Ahad ini,...

Publika Dibanjiri Peminat 16...

MENDAPAT sambutan hangat di YouTube, peminat muzik hip hop tempatan nyata teruja apabila...

2 Lelaki Anjur Judi Online Euro 2024 Ditahan Polis

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki masing-masing di kondominium Jalan Genting Klang dan Taman Wahyu selepas disyaki melakukan pertaruhan judi bola sepak Euro 2024, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penahanan kedua-dua mereka pada jam 9 pagi dilakukan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman hasil maklumat dan risikan.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata dua lelaki tempatan yang ditahan itu disyaki berperanan sebagai penganjur dengan menerima bayaran gaji bulanan sehingga RM5,000.

Beliau berkata, risikan dijalankan ke atas laman sesawang yang disyaki menjalankan kegiatan catit taruh perjudian secara dalam talian berkait bola sepak Euro 2024.

“Siasatan mendapati gaji diterima sebulan sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 dan kegiatan itu mengaut untung sehingga RM12,000 sehari.


“Kita percaya kegiatan ini beroperasi 24 jam dan mempunyai syif bagi melakukan urusan pertaruhan di kondominium,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, siasatan dijalankan pihaknya untuk mengenal pasti rangkaian suspek.

“Kedua-dua lelaki yang ditangkap itu masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan IPD Sentul untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai dinasihat tidak terbabit dengan sebarang aktiviti perjudian haram dan mereka yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti sedemikian diminta melaporkan kepada pihak polis,” katanya.

BHonline-

2 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori