Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Britain Akan Larang Jual...

LONDON - Kerajaan Britain hari ini, dijangka mengumumkan keputusan untuk larang penjualan semua...

Filem Arahan Angelina Jolie...

FILEM terbaharu arahan pelakon terkenal Angelina Jolie, Unbroken berkemungkinan besar tidak akan dapat...

FAM Cadang Pemain Yang...

MARAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih...

RM2.4 Juta Lebur, Dividen...

Kuala Lumpur : Teruja dengan pelaburan menawarkan pulangan dividen lumayan menyebabkan 107 pelabur...

Tiga Guru, Pembantu Tadika Didakwa Abai Dua Kanak-Kanak

MELAKA – Tiga guru dan seorang pembantu tadika di negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Isnin atas tuduhan mengabaikan dua kanak-kanak lelaki di pusat asuhan itu sejak Mac lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, kesemua tertuduh, guru tadika, Nur Hanis Azwani Ghazali, 24; Hafsah Ab Razak, 33; Nur Diyana Zainudin, 24, dan pembantu tadika, Jamia Abd Rahman, 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah dan Hakim Azaraorni Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu guru tadika dan pembantu taska kepada kanak-kanak lelaki berusia empat dan enam tahun sewaktu kejadian telah mengabaikan atau menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di alamat Bonda Preschool, No 12-1 dan 14-1 Jalan Cheng Indah 8, Taman Cheng Indah, Tanjung Minyak, di sini, antara pertengahan Mac hingga awal Mei lalu.

Pendakwaan bagi kes itu dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan dan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin masing-masing mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dan RM15,000.


Turut dihadiri peguam pemerhati keluarga mangsa, Mohamed Ashmeer Mohamad Ashrof.

Manakala kesemua tertuduh yang diwakili peguam Mohd Fadil Mohd Yusof merayu agar jaminan dikurangkan dengan alasan ketiga-tiga guru itu menanggung keluarga dengan pendapatan RM1,500 sebulan, manakala Jamia yang merupakan ibu tunggal dengan gaji RM900 sebulan tidak terlibat dalam penjagaan kanak-kanak di tadika itu.

Hakim Rohatul Akmar membenarkan Nur Hanis Azwani dan Jamia dikenakan jaminan RM7,000 dengan seseorang penjamin selain syarat tambahan perlu hadir pada sebutan dan bicara, tidak mengganggu mangsa dan hadir di balai polis berhampiran setiap bulan.

Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan semula pada 30 Julai depan.

Manakala dua lagi tertuduh, Hakim Azaraorni membenarkan mereka dijamin RM10,000 dan membenarkan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan selain menetapkan 24 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

-Sinar Harian

1 komen

  1. I do believe all the ideas youve presented for your post They are really convincing and will certainly work Nonetheless the posts are too short for novices May just you please lengthen them a little from subsequent time Thanks for the post

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori