Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan 5 Nelayan...

KANGAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima nelayan tempatan dan merampas...

Belanjawan 2022 Dibentang 29...

KUALA LUMPUR - Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada...

“Hubungan Tak Baik, Tapi...

MASIH berlanjutan isu krisis antara Fasha Sandha dengan Nora Danish gara-gara episod 'dihalau'...

4 Warga Finland Edar...

LANGKAWI - Polis menahan empat warga Finland di sebuah hotel di sini semalam...

Puluhan Operasi Lumba Haram Di Lebuhraya Guthrie Dilaksanakan

KUALA LUMPUR : Polis sudah melaksanakan puluhan operasi bagi membanteras kegiatan lumba haram motosikal yang dilaporkan kerap berlaku di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Sungai Buloh dekat sini, sepanjang tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata polis sentiasa memantau kegiatan lumba haram di lokasi terbabit dan pihaknya berterima kasih atas keprihatinan masyarakat berhubung isu itu termasuk mendedahkan menerusi media sosial.

Ini termasuk aduan yang diterima daripada seorang pengguna X mengenai sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai terbabit kegiatan lumba haram di lokasi terbabit, menerusi satu ciapan, semalam.

“Rakaman video yang dimuat naik di laman X @DianaParish memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkumpul di bahu jalan sehingga mengganggu keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Semakan mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Denai Alam menghala ke Lebuhraya Guthrie,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Mohd Hafiz berkata, pihaknya sentiasa cakna berkenaan isu berkaitan penunggang motosikal yang berkumpul disyaki untuk berlumba di lebuh raya terbabit dan kerap melakukan operasi bagi membanteras kegiatan itu.

“Sepanjang tahun lalu, 40 operasi dijalankan Polis Trafik Daerah Sungai Buloh di lokasi terbabit dengan 22 motosikal disita dan 1,616 keping saman dikeluarkan atas kepelbagaian kesalahan.


“Dalam tempoh enam bulan tahun ini, 102 motosikal disita dan 958 keping saman telah dikeluarkan dalam 21 operasi yang dijalankan,” katanya.

Selain itu, katanya pihaknya turut menahan 41 individu sepanjang operasi yang dijalankan pada tahun ini atas kesalahan penggunaan nombor pendaftaran palsu, jenayah dadah dan lain-lain kesalahan.

Mohd Hafiz berkata pemantauan mendapati kegiatan lumba haram di Lebuhraya Guthrie sebelum ini aktif pada malam hujung minggu, namun selepas polis kerap melakukan operasi, kumpulan penunggang motosikal menukar modus operandi berlumba pada sebelah siang hujung minggu.

“Polis Daerah Sungai Buloh menghargai keprihatinan masyarakat dalam membantu polis memerangi kes-kes lumba haram.

“Sehubungan itu, sebarang maklumat berkaitan perkara ini boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Daerah Sungai Buloh di talian 03-61579204 atau di Facebook Polis Daerah Sungai Buloh,” katanya.

-Berita Harian

1 komen

  1. I have been browsing online more than three hours today yet I never found any interesting article like yours It is pretty worth enough for me In my view if all website owners and bloggers made good content as you did the internet will be a lot more useful than ever before

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori