• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puasa Sunat Arafah Di Malaysia, Jatuh Pada Ahad

oleh AK-47
11/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Puasa Sunat Arafah Di Malaysia, Jatuh Pada Ahad
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Ahad, 16 Jun bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah, melalui kaedah rukyah dan hisab yang diputuskan Jabatan Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim, berkata penentuan tarikh 9 Zulhijjah berbeza mengikut matla’ (permulaan terbit anak bulan) di negara masing-masing.

“Bagi Malaysia, kita menetapkan (9 Zulhijjah) berdasarkan kaedah rukyah dan hisab. Ini bermakna puasa sunat Arafah pada Ahad ini.

“Aidiladha yang diputuskan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 17 Jun 2024 (Isnin).

“Umat Islam yang tidak mengerjakan haji digalakkan berpuasa pada Hari Arafah kerana banyak kelebihannya,” katanya kepada BH.

Beliau diminta mengulas mengenai kekeliruan umat Islam sama ada puasa hari Arafah bagi rakyat di negara ini jatuh pada 15 Jun, Sabtu mengikut ketetapan Arab Saudi atau sebaliknya mengikut ketetapan falak di tanah air.

Asmadi juga berkata, umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadat dan doa pada 9 Zulhijjah yang juga bersamaan dengan Hari Wukuf di Arafah, Makkah.

“Kita memang sentiasa digalakkan berdoa pada bila-bila masa. Namun, berdoa pada waktu makbul doa adalah satu kelebihan.

“Justeru, umat Islam di negara ini (jangan keliru), kita berdoa waktu mustajab hari Arafah berdasarkan (ketetapan) di Malaysia,” katanya.

Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia adalah hari mustajab doa, menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas, selain hari keampunan serta pelepasan dari api neraka.

-Berita Harian

Tags: Puasa Sunat Arafah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Reman Anggota Polis Disyaki Rogol Remaja 13 Tahun Dilanjut 3 Hari Lagi

Next Post

Tunggu Siasatan JKNS Sebelum Tindakan Lanjut Diambil – Exco

Related Posts

Puasa Sunat Arafah Sabtu 9 Julai

Puasa Sunat Arafah Sabtu 9 Julai

30/06/2022
0

KUALA LUMPUR : Puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Sabtu 9 Julai bersamaan 9 Zulhijjah 1443...

Next Post
Tunggu Siasatan JKNS Sebelum Tindakan Lanjut Diambil – Exco

Tunggu Siasatan JKNS Sebelum Tindakan Lanjut Diambil - Exco

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd