• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengantara Desak Israel, Hamas Setuju Cadangan Gencatan Senjata

oleh Mohd Arshad
03/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengantara Desak Israel, Hamas Setuju Cadangan Gencatan Senjata
Share on FacebookShare on Twitter

RAFAH : Serangan baharu dilaporkan di bandar Rafah di Gaza semalaman hari ini ketika pengantara terus mendesak Israel dan Hamas bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan seperti dikemuka Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

AS, Qatar dan Mesir menggesa Hamas dan Israel memuktamadkan perjanjian yang merangkumi prinsip digariskan Biden.

Sejak Biden menyatakan sedemikian di Rumah Putih pada Jumaat, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menegaskan Israel akan meneruskan perang, yang kini sudah hampir bulan kesembilan untuk memusnahkan Hamas dan membebaskan tawanan yang diambil ketika serangan kumpulan itu pada 7 Oktober tahun lalu.

Hamas berkata, mereka berpandangan positif dengan apa yang disifatkan Biden juga sebagai cadangan untuk Israel.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken sudah memanggil anggota Kabinet perang Israel, Benny Gantz dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant bagi membincangkan perjanjian itu, menurut Jabatan Negara dalam kenyataan malam tadi.

Dalam panggilan telefon itu, Blinken memuji Israel mengenai cadangan itu serta menekankan Hamas harus mengambil perjanjian itu tanpa berlengah.

Netanyahu, seorang veteran politik yang mengetuai kerajaan gabungan sayap kanan yang rapuh, berada di bawah tekanan domestik daripada dua pihak.

Penunjuk perasaan bagi menyokong pembebasan tebusan serta-merta, yang berhimpun semula pada Sabtu di Tel Aviv, mahu dia mencapai perjanjian gencatan senjata, namun sekutu sayap kanannya mengancam untuk menjatuhkan kerajaan jika beliau melakukannya.

Sementara itu, pertempuran terus menggegarkan Gaza, dengan tentera Israel melaporkan serangan udara dan pertempuran darat semalam.

Hospital Eropah Gaza pada lewat malam tadi melaporkan tiga orang cedera dalam serangan di kawasan kejiranan di utara Rafah, sementara saksi melaporkan beberapa kecederaan dan kematian di sebuah rumah di barat bandar itu.

Netanyahu pada Sabtu berkata, syarat Israel untuk menamatkan perang tidak berubah, iaitu kemusnahan tentera Hamas dan keupayaannya mentadbir, pembebasan semua tebusan dan memastikan Gaza tidak lagi menimbulkan ancaman kepada Israel.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, John Kirby pada Ahad memberitahu ABC News, pihaknya mempunyai jangkaan jika Hamas bersetuju dengan cadangan itu, seperti yang dihantar kepada mereka, Israel akan turut bersetuju.

-Berita Harian

Tags: gencatan senjataHamasIsraelPengantara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd