Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Farahanne Pelajar KDM Pertama...

KENINGAU - Farahanne Beaty, 13, melakar sejarah sebagai pelajar daripada kaum Kadazandusun dan...

Tiga Cedera, Nenek Tak...

MELAKA – Gara-gara seorang wanita warga emas membuat pusingan U secara mengejut, tiga...

‘Anwar Bukan Raja Untuk...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon untuk berdepan...

Mavcom Mulakan Siasatan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan Ketua...

Peguam Tidak Lagi Mewakili Ibu Bapa Zayn Rayyan

Petaling Jaya: Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.

HarianMetro-

2 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori