• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

One-To-One Gentlemen: Goh Kesal Dengan Insiden Itu, Akui Sukar Tidur

oleh Mohd Arshad
20/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
One-To-One Gentlemen: Goh Kesal Dengan Insiden Itu, Akui Sukar Tidur
Share on FacebookShare on Twitter

SEBERANG JAYA : Pemilik kedai runcit, Goh Yap Eng yang tular selepas terbabit dalam pergaduhan ‘satu lawan satu’ awal bulan lalu akui kesal tindakannya ketika insiden berkenaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Goh, 49, tampil mengulas mengenai insiden itu ketika ditemubual stesen radio yang rakamannya dimuat naik menerusi akaun TikTok milik @bfmradio.

Dalam temubual itu, Goh menjelaskan pergaduhan membabitkan dirinya bersama seorang lelaki itu bukanlah berpunca daripada isu perkauman atau mabuk.

“Insiden ‘one-to-one gentlemen’ hari itu, bukan kita yang minta.

“Sebenarnya ini tidak berkaitan dengan kaum atau mabuk. Sebab ada orang ramai kata ia berpunca dari mabuk. Tetapi bukan.

“Setiap orang mabuk ada tahapnya. Contoh kalau saya sendiri mabuk, hanya duduk diam-diam. Saya akan pergi tidur, tonton televisyen ataupun layan (mendengar) muzik saja,” katanya.

Menurutnya, insiden itu menyebabkannya tidak tenteram malah sukar tidur walaupun selepas dibebaskan polis daripada tahanan lokap.

“Pada hari Rabu malam ketika video itu tular, saya tak boleh tidur sampai Khamis.

“Hari Khamis polis ambil masuk lokap dua hari sampai Sabtu, petang keluar saya tak boleh tidur.

“Kalau boleh pilih, (saya) tak nak (kejadian) hari itu tak berlaku,” katanya.

Sebelum mengakhiri temubual, Goh yang mewarisi perniagaan bapanya turut menasihatkan individu belajar seni mempertahankan diri supaya tidak menggunakan kelebihan dimiliki untuk bergaduh.

“Saya nak nasihat kepada semua orang yang belajar taekwondo ataupun kung fu, janganlah ajak orang bergaduh.

“Itu bukan perangai orang belajar seni mempertahankan diri. Saya harap jangan terjadi isu kaum, Malaysia patut harmoni, harap rakyat Malaysia bersatu. Jangan gaduh-gaduh, itu semua tak berbaloi,” katanya.

Pada 5 Jun lalu, tular video menunjukkan pergaduhan antara Goh dan pelanggannya mencetuskan kekecohan di media sosial.

Dalam video itu, seorang pelanggan menghempas topi keledarnya di tempat juruwang dan mencabar Goh untuk berlawan satu lawan satu.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit mengikut Seksyen 324 dan 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mereka ditahan dua hari dan dibebaskan pada 8 Jun.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kedua-duanya saling bermaafan dan menarik balik laporan polis masing-masing.

Sejak itu tular di media sosial gambar mereka bersalaman dan tersenyum.

-Berita Harian

Tags: One-To-One Gentlemen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd