Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Tariq Ramadan Mohon Ikat...

PARIS - Pendakwah Islam terkemuka, Tariq Ramadan, berhadapan dengan salah seorang wanita yang...

Penduduk Kuala Dulang Terima...

YAN - Penduduk Kampung Kuala Dulang yang kawasan rumah mereka terlibat dengan masalah...

Pelanggaran Bot: Terengganu Mahu...

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri Terengganu mahu satu siasatan terperinci dilakukan oleh Jabatan...

Tipu Rumah PPR, Lelaki...

SHAH ALAM - Seorang bekas pengurus jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Nahas Rombongan Guru: Jenazah Cikgu Dahlia Selamat Dikebumikan

ALOR GAJAH – Jenazah seorang lagi mangsa kemalangan bas di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Dahlia Ahmad, 52, selamat dikebumikan, di sini pada Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tuang pada jam 10.50 pagi tadi dan turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, kenalan serta rakan sekerja yang hadir memberikan penghormatan terakhir mereka.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Aminin Kampung Sungai Tuang.

Dahlia meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.


Mangsa antara empat individu terkorban dalam nahas di Jalan Kuantan-Segamat pada awal pagi Ahad membabitkan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris, 29, dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru dari sekolah itu bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

-Bernama

1 komen

  1. I do believe all the ideas youve presented for your post They are really convincing and will certainly work Nonetheless the posts are too short for novices May just you please lengthen them a little from subsequent time Thanks for the post

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori