• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luka Faisal Masih Belum Kering

oleh Mohd Arshad
11/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Luka Faisal Masih Belum Kering
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Luka pemain sayap Selangor FC (SFC), Faisal Halim susulan kecederaan lecur tahap empat akibat disimbah asid sulfurik masih lagi belum kering namun pemain itu sudah mula menjalani fisioterapi ringan untuk mengembalikan kekuatan ototnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkembangan itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Dr Johan Kamal Hamidon yang menjelaskan proses pemulihan pemain itu berjalan dalam keadaan baik dengan Faisal masih berulang-alik ke hospital untuk mencuci luka dan membuat balutan baharu bagi kecederaannya itu.

Johan memaklumkan fokus utama kini adalah bagi memastikan luka Faisal dapat pulih sepenuhnya sebelum pemain itu memasuki fasa seterusnya membabitkan aspek kecergasan dalam misi untuk kembali beraksi di padang.

“Keutamaan kita buat masa ini adalah supaya lukanya kering sepenuhnya. Selagi lukanya belum kering, dia tidak boleh memulakan aktiviti lasak. Dia ada membuat fisioterapi ringan yang tidak berpeluh sangat supaya ototnya tidak terlalu keras.

“Dia perlu melengkapkan fasa pertama ini dahulu sebelum boleh mula memasuki fasa kedua. Masih ada luka basah ketika saya melawatnya sebelum ini, ada kuning-kuning yang saya tidak pasti, mungkin nanah tetapi yang jelasnya luka itu belum lagi kering,” kata Johan.

Johan berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian antara SFC dengan Johawaki Holdings Sdn Bhd sebagai rakan strategik di Pusat Latihan SFC, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Johan berkata, pemain itu menunjukkan perkembangan yang sangat positif dan pemain itu tetap bersemangat apabila tidak sabar untuk kembali beraksi.

“Perkembangannya sangat memberangsangkan di mana doktor memaklumkan dia memerlukan tempoh tujuh minggu di hospital tetapi dia sudah keluar dalam tiga ke empat minggu. Sepatutnya dia menjalani sembilan pembedahan tetapi hanya empat.

“Saya rasa ini berkat doa seluruh rakyat Malaysia dan ketika ini, dia hanya fikir untuk kembali ke padang. Semangatnya begitu besar tetapi badannya masih belum bersedia.

“Saya katakan kepada Faisal supaya dapat bersabar, ambil masa untuk sembuh sepenuhnya dan fokus kepada kecergasan sebelum dapat kembali bermain,” katanya.

Terdahulu, pada 5 Mei lalu arena bola sepak negara dikejutkan apabila menjadi mangsa simbah asid di sebuah pusat beli belah Kota Damansara.

Selepas mengharungi empat pembedahan sepanjang berada di hospital, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu dibenarkan keluar hospital 25 Mei lalu.

Berdasarkan laporan sebelum ini, pemain sayap berusia 26 tahun itu dijangka memerlukan tempoh antara tiga hingga enam bulan lagi sebelum boleh kembali beraksi.

-Berita Harian

Tags: Faisal Halim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Guru, Pembantu Tadika Didakwa Abai Dua Kanak-Kanak

Next Post

PM: Golongan Maha Kaya Perlu Dipertanggungjawabkan

Related Posts

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Anggota Polis Ditemui Mati Di R&R

PM Arah PDRM Siasat Rapi Kes Faisal Halim, Zayn Rayyan

14/06/2024
0

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah untuk melakukan siasatan rapi ke atas kes simbah asid pemain Harimau Malaya, Faisal...

Next Post
PM: Golongan Maha Kaya Perlu Dipertanggungjawabkan

PM: Golongan Maha Kaya Perlu Dipertanggungjawabkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd