Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Mendung, Hujan Beberapa Kawasan...

KUCHING - Cuaca diramal mendung dan hujan di beberapa kawasan di Sarawak, terutama...

Fitnah Najib Konon Ditangkap...

NEW YORK - Benarlah madah popular: 'Fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh!' Sejarah...

Bangga Dinobat Lelaki Terhodoh...

SEORANG penganggur di Zimbabwe bangga apabila dinobatkan sebagai 'Mr Ugly Zimbabwe 2017' William Masvinu,...

Kebenaran Ambil Amah Elak...

KUANTAN - Kebenaran kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah secara terus tanpa melalui...

‘Kau Pergi Redah Banjir Kilat Jalan Klang Lama Sekarang, Huzz!’

KUALA LUMPUR : Ketika tiada siapa yang mahu mengambil beliau, saya melihat beliau sebagai seorang penulis yang berbakat besar dan akan menjadi superstar dalam dunia kewartawanan hiburan suatu masa nanti dan akhirnya mengambil beliau bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dan pada hari pertama beliau memulakan tugas sebagai wartawan, saya hantar Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin ke meja jenayah dan mengharungi banjir kilat di Jalan Klang Lama.

Huzz yang meninggal dunia pada jam 6.10 petang Sabtu (8 Jun) pada usia 58 tahun hanya dua tahun muda daripada saya.

Tapi ketika itu, saya adalah Pengarang Berita Utusan dan pada tahun 1993, beliau memohon untuk menyertai Kumpulan Utusan dan saya adalah salah seorang panel penemuduga.

Pada hari ditemu duga, beliau muncul dengan darah yang gemuruh dan saya tanya kenapa beliau mahu meneruskan kerjaya di Kumpulan Utusan dan beliau jawab tiada wartawan yang boleh mencipta nama jika tidak bekerja dengan Utusan.

Saya terkedu dengan jawapan yang beliau berikan.

Saya jawab, baiklah, saya boleh ambil beliau bekerja dengan syarat beliau harus bermula dari bawah iaitu melalui proses sebagai wartawan di semua meja utama sebelum boleh berakhir sebagai wartawan hiburan.

Huzz mengangguk tanda bersetuju. Semua anggota panel yang lain enggan mengambil beliau tapi saya melihat Huzz sebagai seorang penulis yang berbakat dan berupaya mencipta nama yang besar dalam dunia penulisan sama seperti bapanya, AR Kamaludin.

Untuk rekod, AR Kamaluddin adalah satu nama besar dalam dunia kewartawanan dan penulisan malah pernah berkhidmat dengan Kumpulan Utusan di tahun 1960-an dan 70-an sementara adik Huzz, Nur-ul Afida turut saya kenali sebagai wartawan seangkatan dengan saya di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Saya sebut kepada ahli-ahli panel penemuduga biarlah saya yang melatih dan membimbingnya. Ahli panel yang lain akhirnya bersetuju dengan syarat saya sanggup memikul bebanan tersebut.

Tapi di sebalik itu semua, Huzz sama sekali tidak menyangka yang saya akan meletakkannya di Meja Jenayah.

Beliau menangis di hari pertama melaporkan diri kerana tidak sanggup mengharungi banjir di Jalan Klang Lama.

Namun begitu saya cuba memberi semangat dan menyatakan rasional saya bertindak demikian. Huzz akhirnya bersetuju dan pergi ke Jalan Klang Lama dalam keterpaksaan.

Sebelum beliau melangkah keluar dari Jabatan Pengarang saya pesan: “Huzz, di Meja Jenayahlah tempat yang paling sesuai dan tepat untuk mempraktikkan amalan asas kewartawanan itu 5W dan 1H (what, where, when, who, why and how). Gunakanlah sebaik-baiknya.”


Beliau melihat saya sambil tersenyum dan melangkah pergi.

Beberapa jam kemudian (di era telefon bimbit belum wujud) Huzz kembali ke pejabat dengan basah lencun dan ketika saat semua orang mentertawakannya, saya sebut:

“Tak apa Huzz, jangan menangis. Tulis apa yang Huzz lihat, jangan pedulikan orang lain.”

Dan beliau menghasilkan salah satu laporan kejadian banjir yang terbaik yang pernah saya saksikan. Kerana apa? Kerana beliau memasukkan elemen-elemen kemanusiaan di dalam laporannya, apa yang beliau saksikan, apa yang mangsa-mangsa ceritakan kepadanya dan akhir sekali apa yang beliau rasakan sebagai seorang yang turut meranduk banjir sehingga basah kuyup.

Selebihnya adalah sejarah. Selepas enam bulan di Meja Jenayah, Huzz dihantar ke Meja Hiburan dan mencipta nama sebagai kolumnis hiburan yang catatan mingguannya tentang dunia hiburan sentiasa dinanti ramai.

Beliau mengakhiri kariernya sebagai Pengarang URTV iaitu majalah hiburan terbitan Kumpulan Utusan.

Dan ketika saya menziarahi beliau di Hospital Kuala Lumpur pada 1.56 tengah hari 22 Mei yang lalu, perkara pertama yang saya lihat ialah senyumannya menyambut kedatangan saya walaupun dalam keadaan yang sedang menderita sakit.

Suasananya tidak ubah akan hari pertama beliau melaporkan diri sebagai wartawan Utusan dan saya memaksanya mengharungi serta meredah banjir kilat di Kuala Lumpur.

Langsung saya dan Huzz terkenang kembali hari pertama beliau menjalankan tugas sebagai seorang wartawan Meja Jenayah.

Pada saat itu beliau turut melontarkan satu senyuman manis yang menjadi trademark dirinya.

Daripada Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Selamat tinggal Huzz.

(Rozaid Abdul Rahman adalah bekas wartawan dan Pengarang Berita Kumpulan Utusan dan selepas itu menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian dan Pengarang Perundingan Kumpulan Media The Star)

-BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori