• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruteknik Komputer Terlepas Tali Gantung, Hukuman Mati Diganti Penjara 38 Tahun

oleh Mohd Arshad
21/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kedah Rekod 105 Kes Kencing Tikus, Satu Kematian
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun atas kesalahan menculik dan membunuh pengurus kilang sarung tangan yang mayatnya ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Sungai Siput, Perak, 17 tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Yan Wai Seng, 36, di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

“Mahkamah memerintahkan hukuman mati pemohon (Yan) diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 38 tahun yang diperintahkan berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkap (1 Mei 2007) atas kesalahan membunuh dan menculik,” katanya.

Tengku Maimun, yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan, turut memerintahkan Yan dikenakan 12 sebatan bagi kesalahan membunuh manakala lima sebatan kerana menculik.

Pada 3 Disember 2012, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman mati terhadap Yan dan seorang lagi individu Chew Wai Keong, selepas didapati bersalah membunuh Teh Wai Toong, 31, di sebuah rumah di Taman Utama, Ipoh, Perak antara 2.30 petang 26 April 2007 sehingga 2.30 petang 29 April 2007, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka juga dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah sama kerana menculik mangsa sama untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak RM200,000, dengan cara mengurungnya secara tidak sah di lokasi sama antara 11 malam, 20 April 2007 hingga 2.30 petang, 26 April 2007 dan dituduh mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pada 5 April 2014, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap kedua-dua lelaki itu atas kesalahan membunuh dan menculik, sebelum Mahkamah Persekutuan pada 23 Februari 2018 mengekalkan hukuman terhadap Yan. Namun rayuan Chew dibatalkan mahkamah kerana dia meninggal dunia.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ng Siew Wee memohon supaya hukuman mati dikekalkan terhadap Yan, manakala peguam Abdul Rashid Ismail yang mewakili Yan memohon supaya hukuman mati diketepikan kerana peranan anak guamnya dalam insiden itu sangat kecil, selain dia tidak terbabit untuk menyeksa mangsa.

Di mahkamah sama, Tengku Maimun turut mengetepikan hukuman mati terhadap bekas ahli perniagaan Loh Yoon Fatt, 52, dan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun kerana membunuh seorang perunding perniagaan dengan menggunakan besi pengunci kereta pada Hari Krismas, 15 tahun lalu.

Tengku Maimun memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan di bawah Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

“Mahkamah memerintahkan hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 35 tahun dari tarikh tangkap pada 26 Disember 2009,” katanya.

Pada 21 November 2011, Loh dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selepas didapati bersalah membunuh Lam Siew Kong, 59, di tempat letak kereta sebuah restoran di Jalan Sultan Abdul Halim, Ipoh pada 9.20 malam, 25 Disember 2009, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu turut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, masing-masing pada 2013 dan 2014.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol manakala Loh diwakili peguam Tan Guat Cheng.

Bernama-

Tags: hukuman matiJuruteknik Komputertali gantung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah Rekod 105 Kes Kencing Tikus, Satu Kematian

Next Post

Anggota Rejimen Sempadan Hilang Ketika Operasi Di Perbatasan Malaysia-Brunei

Related Posts

Pasangan ‘Kekasih Gelap’ Berdepan Tali Gantung

Pasangan ‘Kekasih Gelap’ Berdepan Tali Gantung

10/01/2025
0

JOHOR BAHRU - Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar...

Perancis Mohon Indonesia Pindahkan Warganya Yang Dijatuhi Hukuman Mati

Perancis Mohon Indonesia Pindahkan Warganya Yang Dijatuhi Hukuman Mati

28/12/2024
0

JAKARTA: Perancis mengemukakan permohonan rasmi kepada Indonesia untuk memindahkan seorang warganegara Perancis yang dijatuhi hukuman mati dan sudah menjalani hampir...

Next Post
Juruteknik Komputer Terlepas Tali Gantung, Hukuman Mati Diganti Penjara 38 Tahun

Anggota Rejimen Sempadan Hilang Ketika Operasi Di Perbatasan Malaysia-Brunei

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd