• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Pendaki Malaysia Akan Dibawa Pulang Dalam Masa Terdekat

oleh AK-47
02/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jenazah Pendaki Malaysia Akan Dibawa Pulang Dalam Masa Terdekat
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jenazah pendaki Malaysia, Zulkifli Yusof, 37, yang meninggal dunia semasa mendaki di Gunung Denali, Alaska selamat dibawa turun dari lokasi kejadian pada jam 8.30pagi, Sabtu waktu tempatan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kelab Jelajah Alpine Malaysia dalam satu kenyataan berkata, perkembangan terbaru itu dimaklumkan Konsular Malaysia di Los Angeles dan pihak penyelamat yang berusaha membawa jenazah turun selepas terkandas ketika mendaki puncak tertinggi di benua Amerika Utara pada Rabu lalu.

Menurutnya, mangsa kini di tempatkan di sebuah hospital di Anchorage, Alaska dan akan menjalani proses selanjutnya.

“Pihak keluarga sedang berurusan dengan syarikat insurans dibantu wakil Konsular Malaysia untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Sementara itu dua pendaki lain iaitu Illaham dan Zainudin masih berada di hospital untuk rawatan akibat ‘frostbite’.

“Wakil Kelab Jelajah Alpine iaitu Norsafrina Shamsir Md Nasir kini berada di Talkeetna Alaska untuk membantu urusan membawa pulang jenazah dan dua pendaki iaitu Illaham serta Zainudin,” menurut kenyataan berkenaan pada Ahad.

Zulkifli disahkan meninggal pada Rabu, jam 6 pagi waktu tempatan disyaki akibat ‘high altitude cerebral edema’ dan ‘hypothermia’ semasa berlindung di sebuah gua salji selepas terkandas di ketinggian 6,190 meter berhampiran puncak gunung berkenaan.

Dia bersama dua lagi rakannya iaitu Muhammad Illaham Ishak, 47, dan Zainudin Lot, 47, terperangkap akibat cuaca buruk ketika perjalanan turun dari puncak berkenaan pada Selasa.

Kelab Jelajah Alpine Malaysia juga meminta agar pihak waris dan keluarga diberikan ruang privasi sebaiknya dalam tempoh yang sukar ini.

“Kami mohon agar rakyat Malaysia mendoakan agar semua urusan dipermudahkan,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: jenazahPendaki Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd